KUALA LUMPUR, 6 Okt -- Kerajaan diharap menimbang semula cadangan meningkatkan kebajikan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk elaun kritikal untuk jabatan itu.
Aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye berkata, oleh kerana elaun kritikal tidak dapat diberikan pada tahun ini, kerajaan diharap dapat memasukkannya bersama cadangan kenaikan gaji bagi anggota JBPM dalam Belanjawan 2020.
Menurutnya, cadangan untuk meningkatkan kebajikan anggota bomba perlu disokong oleh semua pihak kerana tugas pasukan itu kini lebih mencabar sebagaimana agensi penting lain.
"Elaun kritikal tersebut akan memberi manfaat kepada lebih 14,000 warga JBPM di seluruh negara. Dilaporkan jika elaun tersebut diluluskan, sejumlah RM18 juta diperlukan untuk diedarkan kepada anggota bomba pada kadar RM200 seorang sebulan.
"JBPM juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan keselamatan dan pencegahan kebakaran serta menyediakan perkhidmatan bantuan kemanusiaan yang cekap dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lee turut merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini yang menyatakan keprihatinan Seri Paduka terhadap keperluan meningkatkan kebajikan anggota bomba termasuk menyediakan elaun kritikal.
Kata Lee, kerajaan harus menyediakan peruntukan mencukupi bagi pembangunan sumber manusia JBPM supaya mereka mempunyai kemahiran teknikal untuk menangani sebarang kes kecemasan termasuk untuk membeli jentera, peralatan canggih serta peralatan perlindungan diri (PBE) terkini.
"Saya juga berharap usaha berterusan dapat dilakukan untuk memperbaiki tempat kerja dan perumahan anggota bomba serta keluarga mereka supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada kerja sementara keluarga mereka pula dapat hidup dalam suasana yang kondusif," katanya.
Kata Lee lagi, kematian tragis anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dan kejadian lemas yang mengorbankan enam anggota bomba pada Oktober tahun lepas adalah beberapa insiden para wira yang tidak didendang telah mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan orang lain.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel