BERITA

Inisiatif pengangkutan awam perlu jadi fokus utama Belanjawan 2020



KUALA LUMPUR, 6 Okt -- Kerajaan disaran memperluaskan inisiatif sedia ada dalam sektor pengangkutan awam pada Belanjawan 2020 dalam usaha mengurangkan kos hidup rakyat, kata penganalisis ekonomi selaku pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Dr Mohd Yusof Saari.

Beliau berkata insentif seperti pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 memberikan manfaat kepada pengguna yang memilih pengangkutan awam sebagai pilihan utama bagi mobiliti mereka, perlu diteruskan.

Dalam pada itu, Mohd Yusof turut mengutarakan pendapat bahawa perkhidmatan bas mini perlu diperluaskan berikutan permintaan tinggi terutamanya di kawasan perumahan dalam bandar.

"Pengenalan bas mini adalah satu perkara yang tepat sebab kita tahu sesetengah pengangkutan awam tidak dapat menyediakan perkhidmatan ke kawasan seperti di taman perumahan. Sekarang ini masalahnya adalah kesalinghubungan yang tidak efisien," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, bagi menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam, Mohd Yusof turut mencadangkan sistem penggunaan satu tiket bagi memudahkan serta mengurangkan kos pengguna.

"Jadi pengguna tidak perlu membeli banyak tiket, sekarang ini perkara menyukarkan adalah, jika mahu menuju ke satu tempat ke tempat yang lain orang awam perlu membeli tiket berasingan. Ia menambahkan kos rakyat. Mungkin cadangan itu boleh difikirkan oleh kerajaan," jelasnya.

Sementara itu, bagi pengangkutan awam di luar bandar, Mohd Yusof berkata kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih mudah dan fleksibel tanpa memerlukan perbelanjaan tinggi.

Mengambil contoh di Sabah, beliau menjelaskan terdapat beberapa kawasan pedalaman hanya menggunakan perkhidmatan van untuk membantu memudahkan urusan perjalanan penduduk setempat.

"Laluan pendek seperti kawasan kampung ke pusat bandar tidak memerlukan perkhidmatan bas kerana ia tidak bersesuaian jika mengambil kira kepadatan penduduk di kawasan itu. Jadi, perjalanan dengan menaiki van adalah lebih mudah dan murah," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Jaringan Industri & Pengkormersilan), Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Dr Shahrin Nasir turut bersetuju pas perjalanan tanpa had itu wajar diteruskan kerana ia memberi kesan yang baik terutamanya mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya kemudahan seperti itu diperluaskan ke bandar lain agar usaha kerajaan itu dapat dirasai oleh seluruh rakyat.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel