Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 6 Okt -- Portal hartanah dalam talian, PropertyGuru Malaysia menggesa kerajaan mengkaji semula garis panduan kewangan bagi hartanah kediaman di Malaysia, selain mempertimbang isu hartanah sekunder dan Cukai Keuntungan Harta dan Tanah (RPGT) sebagai keutamaan dalam pembentangan Belanjawan 2020 Jumaat depan.
Pengurus Negara bagi PropertyGuru Sheldon Fernandez berkata susulan meningkatnya kadar kegagalan permohonan pinjaman bagi pencari rumah, masalah tersebut boleh ditangani menerusi langkah perbankan yang tertumpu kepada masyarakat.
Ini termasuk garis panduan yang komprehensif berkenaan proses pinjaman, memberi kaunseling kepada pemohon yang ditolak serta memberi pertimbangan kepada permohonan daripada pihak yang mempunyai pelbagai sumber pendapatan.
Beliau menegaskan, kesedaran yang lebih tinggi dan sokongan kepada medium kelayakan pembiayaan seperti Pra Kelulusan Pinjaman Perumahan PropertyGuru mungkin boleh membantu pencari rumah untuk mengetahui kelayakan pinjaman mereka dengan lebih awal.
“Bagi menyelesaikan masalah pembiayaan, kami menggesa pencari rumah untuk menilai pembiayaan peribadi mereka terlebih dahulu sebelum memilih hartanah, dan bukan sebaliknya.
“Langkah ini akan membantu mereka mendapat anggaran yang tepat mengenai kelayakan permohonan, sekali gus membantu mengelakkan permohonan mereka ditolak oleh bank,” katanya kepada Bernama.
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic), terdapat kenaikan 12.1 peratus bagi permohonan pinjaman dan peningkatan 10 peratus untuk kelulusan pinjaman bagi separuh pertama tahun ini - nisbah 42.5 peratus kelulusan kepada permohonan.
Mengenai hartanah pasaran sekunder, Fernandez berkata PropertyGuru mencadangkan supaya insentif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dilanjutkan kepada unit sekunder untuk merancakkan pasaran dan menurutnya hartanah sekunder boleh menyumbang lebih 80 peratus kepada keseluruhan transaksi di negara ini.
Menurut Napic, menerusi langkah HOC, ia menunjukkan kadar pertumbuhan bagi hartanah yang tidak terjual di negara ini menyusut kepada 1.5 peratus pada separuh pertama 2019.
Mengenai RPGT, PropertyGuru turut mencadangkan agar kerajaan melihat semula garis panduan yang disemak semula dalam Belanjawan 2019.
“Walaupun kadar semakan itu berkemungkinan mempunyai kelebihan sebagai langkah mengatasi spekulasi tersebut, kesan ke atas sentimen itu di peringkat pasaran yang lebih tinggi perlu dipertimbangkan.
“Sehubungan itu, pendapatan awam yang diraih seharusnya seimbang berbanding kesan buruk yang diterima pasaran - yang turut menyumbang kepada hartanah kediaman yang tidak terjual,” kata Fernandez.
Kadar semakan itu yang berkuat kuasa 1 Jan tahun ini, mengenakan cukai lima peratus terhadap individu ke atas keuntungan yang diperoleh daripada pelupusan hartanah melebihi RM200,000 selepas tempoh lima tahun pemilikan,meningkat berbanding sifar peratus sebelum ini.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel