BERITA

Belanjawan 2020: Harap peruntukan naik taraf kemudahan Orang Asli



KUANTAN, 6 Okt  -- Kerajaan digesa memberi peruntukan bagi kemudahan asas untuk menaik taraf jalan, bekalan air dan elektrik yang sempurna kepada masyarakat Orang Asli dalam Belanjawan 2020 yang dijadualkan dibentangkan pada 11 Okt ini.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Isa Ab Hamid berkata tiga kemudahan asas tersebut disifatkan sebagai keperluan yang dapat meningkatkan sosioekonomi masyarakat Orang Asli.

“Kita mahukan jalan luar bandar yang baik kerana kebanyakan pos penempatan Orang Asli berada di kawasan pedalaman dan ini boleh diikuti dengan proses baik pulih bekalan air dan bekalan elektrik.

“Sebelum ini, kita ada menyediakan bekalan air di penempatan Orang Asli tetapi kos penyelenggaran untuk projek telaga tiub adalah tinggi dan penyelesaian baru perlu difikirkan,” katanya.

Isa berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan dan Kebudayaan Orang Asli Negeri Pahang (KASKOAP) 2019 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang Johari Alwi.

Isa juga berpandangan pembinaan rumah kepada Orang Asli boleh ditangguh dahulu dengan keutamaan diberikan kepada penambahbaikan dan membina kemudahan asas itu yang disifatkan lebih penting dalam membantu masyarakat tersebut. 

“Sebagai contoh di Pos Sinderut di Lipis,  kita telah membina jalan sejauh 25 kilometer dengan kos RM30 juta. Sebelum jalan dibina, harga pisang yang ditanam penduduk ialah sekitar 40 sen sesikat manakala durian berharga antara 50 sen hingga RM2 sekilo.

“Bagaimanapun, apabila jalan sudah ada, mereka boleh menjual pisang RM2 sesikat dan harga durian juga meningkat RM5 sekilo. Ini menunjukkan penting untuk kita mendahulukan kemudahan asas seperti jalan ke kawasan penempatan Orang Asli,” katanya. 

 Isa berkata pendapatan lebih baik yang boleh dinikmati masyarakat Orang Asli secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti hidup mereka dan secara perlahan-lahan dapat menyediakan kehidupan dan keperluan asas seperti rumah yang lebih baik. 

Sehubungan itu, kerajaan digesa dapat mempertimbangkan perkara itu bagi membantu merapatkan jurang dan memastikan masyarakat Orang Asli tidak jauh ketinggalan berbanding masyarakat lain. 

-- BERNAMA 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel