SUNGAI PETANI, 6 Okt (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berharap kerajaan dapat memberikan peruntukan sekali gus untuk input penanaman padi musim pertama dan kedua berjumlah lebih RM800 juta dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Okt nanti.
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata pihaknya telah pun mengadakan perbincangan mengenai hal itu dengan pegawai di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi diusulkan kepada Kementerian Kewangan.
“Belanjawan untuk tahun ini kita dapat tak sampai RM500 juta (RM420 juta), itu pun untuk baja saja (bagi penanaman padi musim pertama sahaja), kita juga terpaksa minta untuk baja bukit RM44 juta lagi yang diluluskan kerajaan.
“Kalau bagi peruntukan ikut musim akan ada kesulitan di pihak Nafas iaitu kita agak sedikit lewat mendapat pengesahan untuk membekal,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Kasih Peladang Kedah kali ketiga di Institut Pengurusan Paladang (IPP) di sini hari ini.
Sehubungan itu, Phahrolrazi berkata kerajaan diharapkan dapat mempertimbangkan permintaan itu untuk memastikan urusan pembekalan baja kepada pesawah berjalan lancar sekali gus tidak menjejaskan aktiviti penanaman padi.
Pada program itu, seramai 275 penerima asnaf peladang dari 11 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri ini menerima manfaat menerusi sumbangan wang tunai keseluruhan berjumlah RM55,000.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel