BERITA

JBPM mahu kerajaan pertimbang aspek perkhidmatan kebombaan



KUALA LUMPUR, 6 Okt – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengharapkan agar kerajaan pertimbangan aspek perkhidmatan kebombaan, penyelamatan, keselamatan dan khidmat kemanusiaan dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentang 11 Okt ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata aspek itu antaranya merangkumi pembinaan balai bomba, penambahan aset operasi kebombaan, dan tugas mencari serta menyelamat (SAR) di air dan daratan.

“JBPM juga mengharapkan belanjawan itu nanti megambil kira aspek pengendalian bahan bahaya  anggota pasukan dari Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) selain kemalangan industri dan domestik,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penambahan binaan balai bomba adalah untuk meningkatkan perlindungan keselamatan di bandar, luar bandar dan pedalaman manakala penambahan aset operasi bagi operasi kebombaan pula bertujuan untuk aktiviti pemadaman dan penyelamatan di bangunan tinggi, hutan dan struktur khas.

 Belanjawan itu diharap dapat disalur ke arah penyelenggaraan aset sedia ada serta pemodenan kelengkapan kebombaan, katanya.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berharap kerajaan memberi perhatian kepada elaun anggota pasukan itu serta penyelenggaraan peralatan logistik.

Ketua Pengarah APM Datuk Roslan Wahab berkata elaun anggota dan pegawai APM kini masing-masing berada pada paras RM8 sejam bagi anggota dan RM9 sejam untuk pegawai.

"Kekuatan APM terletak pada sukarelawan, lebih ramai anggota perlu digerakkan ke lokasi," katanya.

Belanjawan 2020 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 Okt ini.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel