BERITA

Belanjawan 2020: insentif dapat bantu IKS aplikasi teknologi automasi, robotik



Laporan khas oleh Mohd Afiq Zulkifli

KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Kerajaan dicadang untuk memberi penekanan kepada bantuan kewangan dan insentif kepada industri kecil dan sederhana (IKS), dalam membantu mereka mengubah cara operasi kerja supaya teknologi automasi dan robotik dapat diperkenalkan.

Presiden Persekutuan Majikan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata kira-kira 98 peratus atau 980,000 (IKS) di negara ini dikategorikan dalam kumpulan itu dan majoritinya mempunyai sumber kewangan terhad.

Sehubungan itu, katanya, adalah penting bantuan diberikan bagi membantu mereka meluaskan keupayaan penggunaan teknologi automasi dan robotik, kerana ia dapat meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka.

"Seiring dengan itu juga, majikan perlu menyediakan peluang kemahiran kepada pekerja, bagi memastikan kemahiran dan skil mereka relevan dengan keperluan pasaran kerja semasa," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Shamsuddin berkata masalah graduan baharu yang menganggur dan bekerja tidak setara dengan kelayakan akademik perlu ditangani, dengan institusi pengajian menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan menyediakan kursus yang disijilkan dalam tempoh yang pendek, bagi melengkapkan kemahiran terkini.

Insentif seperti pelepasan cukai kepada majikan yang mempunyai kemahuan untuk 'mengaji' graduan baharu ini juga perlu, kerana ia dapat menarik lebih ramai majikan menawarkan peluang pekerjaan, katanya.

Sementara itu Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Dr Mohd Mursyid Arshad pula berharap, kerajaan dan pemegang kepentingan menyediakan platform berkaitan pekerjaan digital, untuk graduan meneroka dan mencipta peluang pekerja dalam bidang itu.

Beliau berkata pekerjaan dalam digital seperti melalui media sosial Facebook, dan  kini media sosial itu menjadi satu cabang perniagaan terkini, yang menjanji pendapatan.

"Kelompok belia yang menganggur paling tinggi adalah lepasan universiti, mereka ini bukan ketidakcukupan kemahiran atau tidak kompeten, tapi peluang pekerjaan sedikit dan persaingan yang besar.

"Sebab itu adalah disarankan supaya lebih ramai pemegang kepentingan, menyediakan platform berasaskan digital untuk graduan meneroka bidang itu, tanpa perlu mencari kerja makan gaji semata-mata," katanya sambil menekankan aspek penguasan bahasa ekonomi bahasa Mandarin perlu diperkasakan.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berpendapat peluang pekerjaan akan lebih bertambah sekiranya ekonomi negara berkembang dengan kemasukan pelaburan dalam dan luar negara.

Justeru, beliau berkata kerajaan perlu mencari jalan untuk menarik pelabur, dengan mewujudkan program-program baharu dan menarik dalam struktur ekonomi negara.

"Jadi kerajaan perlu ada 'stimulate' dan insentif baharu yang boleh mengekalkan dan mengalakkan pelabur. Jadi, peluang pekerjaan akan bertambah selari dengan perkembangan ekonomi," katanya.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel