BERITA

Belanjawan: Pemain industri pelancongan Langkawi harap dana khas promosi



LANGKAWI, 7 Okt -- Sasaran lima juta pelancong ke pulau peranginan bebas cukai ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, memerlukan promosi diadakan secara besar-besaran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) Zainudin Kadir.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan disaran menambah peruntukan dana sektor pelancongan khusus buat Langkawi, bagi merancakkan usaha promosi oleh penggiat dan pemain industri di dalam dan luar negara.

"Harapan daripada kami penggiat serta pemain industri pelancongan di pulau ini pada pengumuman Belanjawan 2020 nanti, akan turut mengambil kira keperluan untuk mengadakan promosi secara besar-besaran, untuk mencapai sasaran lima juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

"Ketika ini penggiat serta pemain industri pelancongan membuat promosi menggunakan dana sendiri, jadi perkara tersebut dilihat kadangkala menghadkan usaha menarik pelancong, kita nak pengunjung datang ke pulau ini secara berterusan, jadi hebahan mengenai pulau peranginan bebas cukai ini perlu dibuat secara konsisten," katanya kepada Bernama.

Senada dengan LTA, Pengurus Adya Hotel Cenang Wan Mohammad Fadzil Wan Kamaruzaman berkata, sebagai antara penyumbang utama pendapatan kepada negara, promosi sektor pelancongan khususnya Langkawi perlu diadakan secara konsisten.

"Sekiranya dana pelancongan dinaikkan lebih tinggi, usaha promosi dapat dilaksanakan dengan lebih baik, menerusi penyertaan penggiat dan pemain industri dari Langkawi, pada pameran perdagangan pelancongan utama dunia," katanya.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel