BERITA

Belanjawan 2020: PVATM Negeri Sembilan harap ada peruntukan elaun PJM



SEREMBAN, 7 Okt -- Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Sembilan menaruh harapan ada terdapatnya peruntukan pemberian elaun kepada penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM), dimasukkan dalam Belanjawan 2020, yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Yang Dipertua PVATM Negeri Sembilan Mej (B) Datuk Sazali Ismail berkata pemberian elaun itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada veteran tentera, yang sanggup berkorban menentang pengganas komunis sehingga tahun 1989.

“Pemberian elaun ini sebagai tanda penghargaan negara kepada pejuang-pejuang yang sanggup mempertaruhkan nyawa ketika era keganasan komunis dahulu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sazali berkata ramai veteran tentera melahirkan rasa gembira dengan kenyataan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sebelum ini, yang kementerian itu akan memastikan pemberian elaun itu dimasukkan dalam belanjawan yang akan dibentangkan bulan ini.

Sementara itu, Presiden PVATM Kapt (B) Datuk Sharuddin Omar berkata kerajaan persekutuan harus memikirkan bagaimana memastikan tentera yang menamatkan perkhidmatan pada usia awal 40-an memanfaatkan kepakaran mereka, dalam menyumbang pembangunan ekonomi negara. 

Katanya golongan itu juga kebanyakannya masih mempunyai anak kecil dan perlu mencari pekerjaan untuk menjana pendapatan.

“Jadikan mereka ini sebagai  pertahanan barisan kedua, agar mereka dapat meneruskan sumbangan mereka kepada negara, kerana mereka rata-ratanya mempunyai kepakaran tertentu... amat rugi mereka bersaing dengan masyarakat awam dalam profesion baharu mereka, sedangkan mereka punyai kepakaran.

“Jadi kalau boleh kerajaan tentukan satu konsep bagaimana mereka dapat teruskan sumbangan sama ada dalam bentuk pekerjaan atau perniagaan, yang akhirnya boleh bantu kerajaan kurangkan masalah sosio ekonomi, sekali gus mengurangkan bebanan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan dan tiada mata pencarian,” katanya.

Mengambil contoh negara Indonesia, Sharuddin berkata negara itu menghasilkan pembuatan peluru senjata kecil dan senjata kecil mereka sendiri dan ia mungkin boleh dipraktikkan di Malaysia bagi membolehkan veteran yang tidak bekerja mempunyai pekerjaan. 

-- BERNAMA


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel