KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) dan Persatuan Pengitar Semula Plastik Malaysia (MPRA) berharap Belanjawan 2020 akan mengandungi peruntukan bagi program untuk menambah baik pemisahan sampah isi rumah, terutamanya pemisahan plastik boleh dikitar semula.
Dalam kenyataan bersama hari ini, persatuan itu berkata pihak berkuasa perlu mencari cara baharu untuk mengurangkan dan mencegah pembuangan sampaa merata-rata, yang boleh dicapai melalui dana inovasi sampah di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Geran kecil boleh diberikan untuk merangsang program atau kajian antisampah atau infrastruktur atau peralatan bersubsidi," kata kenyataan itu.
Ia berkata sebagai contoh penubuhan dana inovasi sampah di England untuk menyokong projek penyelidikan inovatif yang berpotensi untuk dipertingkatkan, atau digunakan dengan lebih meluas, dengan penerima geran diperlukan untuk memadankan bahagian pembiayaan, dan menyiapkan projek mereka dalam tempoh enam bulan.
Sebagai alternatif, ia berkata, mewujudkan dana bagi projek-projek itu akan menggalakkan pemisahan sisa plastik kitar semula lebih berkesan dan menghasilkan aliran sisa plastik yang lebih berkualiti tinggi serta mengurangkan pencemaran.
Dana ekonomi sirkular juga boleh ditubuhkan untuk mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah ekonomi sirkular yang menyimpan sumber dalam ekonomi melalui penggunaan semula dan kitar semula, dan bukannya dilupuskan di tapak pelupusan.
"Menggalakkan penggunaan bahan kitar semula dalam pembuatan produk baharu adalah prinsip utama ekonomi sirkular," katanya.
Ia berkata Malaysia memerlukan industri kitar semula plastik yang mampan dan berdaya maju untuk menyokong sektor perindustrian dan pembuatannya, dan ini bermakna dasar dan peraturan berkesan untuk mengukuhkan sistem pengurusan sisa negara dan mengelakkan plastik yang tidak dilupuskan daripada mencemarkan alam sekitar.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel