BERITA

Empat teras utama jadi asas Belanjawan Negeri Terengganu 2020



KUALA TERENGGANU, 7 Okt -- Empat perkara menjadi tonggak utama dalam perencanaan Belanjawan Negeri Terengganu 2020 yang akan dibentangkan pada 24 November ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata empat teras itu ialah memperkukuh dan memartabat agama Islam, memacu pertumbuhan ekonomi rakyat, melestari kehidupan sejahtera dan membangunkan modal insan.

Beliau berkata empat teras itu turut dijadikan kerangka dalam menyediakan belanjawan yang lebih menyeluruh serta melambangkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

"Kita sedang merangka belanjawan 2020 dan ia akan dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 24 hingga 28 November nanti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT) di sini, hari ini.

"Kita jangka bakal menerima Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) RM1.28 billion pada tahun ini dan ia akan dimasukkan dalam belanjawan negeri untuk kegunaan pembangunan serta kesejahteraan rakyat," tambahnya.

-- BERNAMA 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel