KUALA LUMPUR, 8 Okt -- Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOAM) berharap kerajaan akan menumpukan kepada pembangunan asas melibatkan masyarakat peribumi di negara ini melalui Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.
Pengerusinya Tijah Yok Chopil berkata projek pembangunan asas seperti menyediakan kemudahan air bersih, menaik taraf klinik desa dan membaiki jalan raya harus diberi keutamaan selain penyediaan benih dan baja supaya masyarakat itu dapat menjalankan aktiviti pertanian bagi menjana pendapatan.
"Tumpukan pada bajet pembangunan sebab pembangunan Orang Asli masih jauh ketinggalan, banyak kampung jalannya rosak, tiada jalan tar, projek terbengkalai dan sebagainya.
"Program seperti sukaneka dan motivasi yang dianjurkan sebelum ini harus dihentikan, ia bukan tidak bagus tetapi dengan keadaan ekonomi negara sekarang kita harus tumpu kepada pembangunan asas Orang Asli dahulu," katanya kepada Bernama.
Tijah turut mencadangkan agar badan pemantau ditubuhkan bagi memantau bajet yang akan diperuntukkan kepada Orang Asli tahun hadapan supaya ia dapat ditadbir urus dengan baik.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Orang Asli Malaysia (MBOAM) Clive Allen Williams Hunt berkata dalam memastikan pembangunan yang harmoni dalam kalangan masyarakat Orang Asli kesemua aspek antaranya ekonomi, kesihatan dan budaya harus diberi perhatian.
Menurutnya, perkhidmatan pembantu perubatan dalam kalangan belia Orang Asli perlu diwujudkan semula selain melantik mereka bagi mengisi jawatan di semua peringkat sama ada secara tetap atau kontrak.
"Inisiatif ini dilihat berkesan, kerana masyarakat Orang Asli dapat menyampaikan maklumat kesihatan menggunakan bahasa suku kaum mereka sendiri...kadang-kadang kita guna bahasa asing mereka kurang faham," jelasnya.
Tambah beliau, penyediaan dana khusus harus diperuntukkan bagi latihan dan pembangunan sumber manusia belia Orang Asli melibatkan aspek keusahawanan, industri, kemahiran, teknologi dan profesional.
"Dana ini boleh diurus tadbir oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli dan disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan belia bagi tujuan penganjuran dan pelaksanaan program pembangunan tersebut," katanya.
Beliau berkata, MBOAM turut berharap program latihan dan pembangunan kepada orang kurang upaya dalam kalangan masyarakat peribumi itu untuk memperluaskan punca pendapatan turut diperkenalkan kerajaan dalam Belanjawan 2020.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel