SEREMBAN, 8 Okt -- Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) memohon kerajaan mempertimbang skim dan gaji yang menarik buat pensyarah di negara ini selari dengan sumbangan mereka dalam kesejahteraan rakyat.
Presidennya Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin berkata peranan ahli akademik di negara ini termasuk dalam era teknologi yang kini semakin pesat membangun amat signifikan menerusi hasil-hasil kajian yang dijalankan, seterusnya dapat membantu pembangunan ekonomi negara.
“Bayangkan pada awal 1990-an, penggunaan komputer dan perkembangan teknologi maklumat masih terhad di Malaysia, tetapi selepas 30 tahun, masyarakat Malaysia telah menikmati alat komunikasi maya seperti internet dan telefon hasil daripada inovasi dan penemuan ilmu oleh saintis dan ahli akademik.
“Peranan ahli akademik di Malaysia sebagai pemangkin teknologi melalui pengajaran dan pembelajaran serta latihan dan penyelidikan telah menyebabkan rakyat Malaysia sentiasa seiring dengan perubahan teknologi. Apabila dunia bercerita tentang internet, masyarakat di negara ini telah mampu menggunakannya malah menjadi pengguna tegar,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.
Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Jabatan Kejuruteraan Infrastruktur dan Geomatik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor, itu berkata apabila kerajaan mula mengintai peluang yang boleh diraih menerusi teknologi rangkaian generasi kelima (5G), sudah tentunya ahli akademik juga perlu menjana idea bagi mengembangkan dan meneroka potensi demi manfaat negara.
“Apabila dunia bercerita tentang telefon pintar dan teknologi 4G atau 5G, kerajaan telah menyediakan platform yang diperlukan manakala ahli akademik pula akan melatih dan meneroka potensi yang akhirnya rakyat akan mendapat manfaat daripadanya,” katanya.
Selain itu, insentif seperti pemberian elaun Ijazah Kedoktoran (PhD) kepada pensyarah sekiranya diwujudkan kata Mohd Idrus, akan meluaskan lagi peluang untuk mereka melanjutkan pengajian dan seterusnya menjalani latihan peningkatan kemahiran mengikut keperluan era teknologi semasa.
“Selain itu, pelaksanaan dasar kebebasan akademik yang adil tanpa prejudis amatlah penting bagi melonjakkan visibiliti (keterlihatan) IPT (Institusi Pengajian Tinggi) di persada dunia. Berdasarkan fakta semasa, bilangan profesor di negara ini tidak melebihi 2,000 orang dan dengan dasar sedia ada, IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) akan kehilangan perkhidmatan profesor berkenaan apabila umur mereka mencapai 65 tahun.
“Oleh itu, MAAC memohon kerajaan mengkaji semula dasar ini dan menyediakan bajet kepada universiti awam bagi membayar emolumen ahli akademik yang berumur melebihi 65. Kumpulan profesor ini perlu dikekalkan khususnya bagi yang masih sihat dan berminat dengan bayaran emolumen yang menarik dan sesuai dan mereka adalah permata negara,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel