BERITA

Belanjawan 2020: Sediakan peruntukan bagi R&D untuk OKU



Oleh Soon Li Wei

KUALA LUMPUR, 8 Okt -- Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berharap kerajaan menerusi Belanjawan 2020 dapat menyediakan peruntukan kepada institusi pengajian tinggi bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk OKU yang mempunyai masalah perkembangan, masalah pembelajaran, disleksia, autisme dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Setiausaha Agung Pertubuhan Orang Cacat Cina Malaysia (POCCM), Sia Siew Chin  berkata peruntukan itu juga bagi penghasilan produk inovasi buat kemudahan golongan seperti itu.

Selain itu, katanya peruntukan tambahan perlu diberikan terhadap pembangunan teknologi baharu khusus untuk penggunaan golongan OKU terutamanya dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bantuan mobiliti serta alat sokongan untuk pergerakan mereka. 

"Contohnya penggunaan telefon pintar khusus kepada golongan cacat penglihatan atau pendengaran serta kerusi roda canggih yang dapat membantu memudahkan aktiviti seharian mereka," katanya.

"Kami mahu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Pembangunan Orang Kelainan Upaya sentiasa serius dalam memperkasa golongan OKU dan kami sentiasa memberi kerjasama dan sokongan terhadap perkara ini," katanya kepada Bernama.  

Sia berkata pihaknya turut mengharapkan peruntukan khas atau subsidi kepada badan bukan kerajaan (NGO) bagi melatih para sukarelawan OKU. 

"Ia bagi memberi pendedahan khusus kepada sukarelawan yang ingin membantu golongan OKU dan warga tua berdasarkan keadaan kecacatan mereka bagi memastikan mereka berkhidmat secara profesional kepada golongan itu," katanya. 

Sementara itu, Presiden Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia (Pokuam) Suhairi Abdullah berharap kerajaan menaikkan kadar bantuan khas daripada RM400 kepada RM500 dalam Belanjawan 2020 kerana kadar bayaran itu dilihat tidak mencukupi terutamanya bagi mereka yang tidak bekerja berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kenaikan itu perlu memandangkan ada dalam kalangan OKU yang bekerja makan gaji tetapi dibayar mengikut hari ataupun secara kontrak yang rata-ratanya dalam lingkungan RM1,200 hingga RM2,000. 

"Jumlah itu tidak mencukupi terutamanya yang tinggal di kawasan bandar kerana selain kos sara hidup yang tinggi, pergerakan golongan OKU juga amat terbatas menyebabkan kami kadangkala terpaksa berbelanja lebih untuk bergerak ke mana-mana," katanya. 

Katanya kerajaan amat prihatin terhadap nasib golongan OKU dengan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dan latihan vokasional kepada mereka untuk hidup berdikari. 

"Cuma bantuan khas sahaja yang perlu diselaraskan mengikut keadaan semasa setiap tahun," katanya. 

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel