BERITA

Belanjawan 2020 perlu tumpu kesejahteraan, tingkatkan keyakinan pelabur

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Okt -- Belanjawan 2020 perlu mengutamakan pendekatan holistik untuk memastikan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia diberi perhatian dari segi jaringan keselamatan sosial di samping meningkatkan keyakinan pelabur, di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemelesetan pada 2020, menurut badan pemikir, The Centre.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Idlan Zakaria juga menekankan belanjawan itu perlu menetapkan hala tuju jelas mengenai ekonomi Malaysia untuk memperkukuhkan keyakinan pelabur.

“Saya berpendapat ada sedikit ketakjelasan dari segi ke mana arah kita sebagai sebuah ekonomi. Kita mahu menggalakkan pelaburan khususnya disebabkan kebimbangan yang meningkat terhadap kemelesetan ekonomi. Kita perlu mempunyai rancangan ekonomi yang lebih baik dalam belanjawan ini untuk meningkatkan keyakinan pelabur.

“Perbelanjaan pembangunan mungkin perlu ditambah sedikit memandangkan ia akan membantu kita dalam jangka panjang untuk menghadapi kemelesetan. Bagaimanapun, kita tidak tahu apa yang menyebabkan kemelesetan berlaku pada masa depan dan seburuk mana situasi itu,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Ketika senario kelembapan keadaan ekonomi berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Idlan berkata perlu ada pertimbangan seimbang antara tumpuan untuk mengekalkan defisit fiskal tertentu berbanding lencongan yang mungkin diperlukan ekonomi sekiranya kemelesetan berlaku.

Baru-baru ini, Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) berkata ekonomi dunia sedang menuju ke tempoh yang sukar, dengan kemelesetan kini menjadi bahaya semasa dan yang jelas.

Keadaan itu wujud di tengah-tengah pertembungan faktor termasuk ketegangan perdagangan, hutang korporat dan keluk hasil terbalik. Bagaimanapun, terdapat sedikit petanda bahawa pembuat dasar telah bersedia untuk menghadapi ‘ribut’ mendatang, menurut laporan UNCTAD.

Laporan perdagangan dan pembangunan tahunan itu juga menyatakan bahawa kementerian kewangan dan bank pusat harus menamatkan ‘obsesi’ mereka terhadap harga saham, pendapatan suku tahunan dan keyakinan pelabur sebaliknya menumpukan penciptaan pekerjaan, meningkatkan upah dan meningkatkan pelaburan awam.

“Berdasarkan pandangan bersifat praktikal, kerajaan mungkin mahu berbelanja lebih sedikit. Saya mahu menyaksikan perlindungan keselamatan sosial yang lebih baik untuk mereka yang berpotensi menghadapi risiko kehilangan pekerjaan berikutan kemelesetan.

“Itu akan menjadi sesuatu yang sangat baik kerana ada golongan yang sangat mudah terjejas dalam masyarakat kita,” katanya.

Ketika diminta menilai prestasi kerajaan semasa selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei, 2018, beliau berkata banyak dasar yang telah diperkenalkan dan kerajaan bersedia mendengar suara rakyat.

“Sekiranya ada ketika yang kerajaan mahu menunjukkan bahawa mereka mempunyai sesuatu untuk dilaksanakan, maka (pembentangan) belanjawan adalah masa yang baik untuk berbuat demikian.

“Kerajaan boleh memberi isyarat bahawa mereka berniat baik dalam belanjawan itu, untuk bergerak maju serta meyakinkan pelabur bahawa Malaysia adalah tempat yang baik untuk tujuan pelaburan,” katanya.

-- BERNAMA


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel