Laporan eksklusif oleh Syamsiah Sahat
KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) Malaysia mendesak kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan perhutanan dan Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) demi memastikan hutan negara dapat dilindungi selain memastikan pembangunannya yang mampan.
Presidennya Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata peruntukan sedia ada sudah lapuk dan tidak dapat menangani perkembangan semasa dalam isu kesalahan terhadap alam semula jadi.
"Pindaan terakhir hanyalah dilakukan pada tahun 1993. Khazanah alam semula jadi di negara ini semakin pupus dan kita sebagai insan yang diamanahkan Allah sebagai penjaga alam ini bakal menerima padah sekiranya kita tidak mengambil inisiatif bagi melindungi pemberiannya. Undang-undang perlulah menegakkan keadilan kepada alam semula jadi," katanya kepada Bernama.
Shariffa Sabrina berkata di bawah undang-undang sedia ada, kuasa Pihak Berkuasa Negeri juga sangat luas.
Maka, katanya, menjadi suatu keperluan untuk meminda dan mengimbangi kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk menjaga kelestarian alam sekitar yang semakin terancam pada masa kini.
"Cadangan pindaan ini juga diharap dapat menangani dua isu utama dalam akta sedia ada iaitu hukuman dan/atau denda yang sudah lapuk dan tidak relevan buat masa sekarang bagi menghukum pesalah alam sekitar.
"Ini perlu untuk diterima bagi menangani isu pembalakan haram yang semakin menjadi-jadi. Melalui cadangan pindaan ini, kita dapat menghantar mesej moral kepada rakyat di negara ini bahawa kesalahan terhadap khazanah alam sekitar merupakan suatu jenayah yang serius dan tidak wajar dipandang mudah," tegasnya.
Beliau mencadangkan agar pelaku jenayah alam sekitar antara lain didenda sehingga RM10 juta dan hukuman penjara dari lima hingga 30 tahun.
Selain itu, Shariffa Sabrina juga mencadangkan agar kerajaan pusat membayar pampasan balak kepada kerajaan negeri yang mengutip hasil negeri melalui aktiviti pembalakan.
"Sebagai contoh, jika negeri itu mengutip hasil RM100 juta setahun hasil pembalakan, maka kerajaan perlu membayar pampasan itu supaya negeri tersebut tidak lagi menjalankan aktiviti membalak," katanya.
Ini, katanya, sebagai langkah sementara sehingga pindaan akta perhutanan itu dapat dilaksanakan.
Sementara itu, katanya, memorandum bagi cadangan pindaan itu telah diserahkan kepada wakil kerajaan pada Julai lepas.
"Kita harap pada belanjawan kali ini, kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini bagi memastikan kelestarian alam sekitar negara kita," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel