BERITA

MAIA harap dana dalam Belanjawan 2020 untuk naik taraf infrastruktur

Naguib Mohd Nor

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 9 Okt  -- Industri  aeroangkasa dan penerbangan berharap kerajaan akan memperuntukkan dana dalam Belanjawan 2020 untuk meningkatkan infrastruktur industri itu, sekaligus memacu pertumbuhannya di masa depan.

Presiden Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (Maia) Naguib Mohd Nor, juga berharap industri itu akan menjadi bidang tumpuan pertumbuhan dalam belanjawan, dengan geran untuk pelbagai aktiviti seperti latihan, penyelidikan dan pembangunan serta perbelanjaan modal.

“Ya, kerajaan ada memperuntukkan dana dalam belanjawan sebelum ini, tetapi industri perlu lebih banyak lagi untuk pengembangan selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Malaysia kini menempatkan lebih  200 syarikat aeroangkasa di Malaysia ketika ini yang terdiri daripada penggiat industri antarabangsa dan tempatan.

Ini termasuk 66 syarikat yang terbabit dalam aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), 33 dalam pembuatan aero, 25 terbabit dalam pendidikan dan latihan, 11 dalam integrasi sistem, serta kejuruteraan dan reka bentuk.

Bagi mengiktiraf kepentingan industri aeroangkasa, Pelan Induk Aeroangkasa Malaysia 2030 dilancarkan pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 di Langkawi, Kedah.

Pelan induk itu berobjektif untuk menjadikan Malaysia sebagai negara aeroangkasa terkemuka di Asia Tenggara dan menjadi bahagian penting dalam pasaran global pada 2030.

Ia turut menggariskan pelan jangka panjang bagi pembangunan industri aeroangkasa di Malaysia sehingga 2030.

Menerusi pelan induk itu, banyak penggiat industri itu berharap untuk meraih peluang perniagaan yang begitu banyak ditawarkannya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo), Ibrahim Mohamed Salleh, menzahirkan harapan kerajaan akan meningkatkan pembangunan logistik industri itu melalui peruntukan dalam belanjawan.

Katanya infrastruktur logistik lebih baik amat penting bagi Malaysia, kerana ia akan memberikan kesan limpahan lebih besar kepada industri lain seperti pembuatan, pelancongan dan perdagangan.

Belanjawan 2020 akan dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen Jumaat ini.

-- BERNAMA


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel