BERITA

Belanjawan 2020 : Rakyat mahu inisiatif kurangkan beban kos sara hidup

Filepix.

KUALA LUMPUR, 10 Okt  -- Hasil kaji selidik dalam talian bersempena Belanjawan 2020 yang membabitkan lebih 7,000 responden kalangan rakyat tempatan menunjukkan mereka mahukan inisiatif yang boleh mengurangkan beban kos sara hidup selain lebih banyak peluang meningkatkan kehidupan dan mendapat bantuan apabila dilanda musibah.

Kaji selidik yang membabitkan pelbagai latar belakang, peringkat umur dan lokasi adalah sebahagian daripada usaha pihak Kementerian Kewangan (MoF) melibatkan orang awam bagi berkongsi pandangan dan input untuk Belanjawan 2020, demikian menurut kenyataan media kementerian itu hari ini.

“Responden dalam kalangan belia mendesak kerajaan memudahcarakan peluang pekerjaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), menyediakan insentif untuk pelatih dan perantis bagi membina peluang menimba pengalaman bekerja serta penambahbaikan program pembangunan kemahiran dan (modal) insan," kata kementerian itu.

Sejajar usaha itu, Kementerian Kewangan juga telah menjalankan 12 sesi konsultasi kumpulan fokus di pelbagai lokasi di seluruh negara bersama Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang akan membentangkan Belanjawan 2020 pada esok.

Belanjawan 2020 merupakan belanjawan kedua kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Harapan.

Selain itu, majoriti responden dalam kaji selidik secara dalam talian juga meminta kerajaan meningkatkan lagi inisatif-inisiatif untuk menyokong golongan kurang bernasib baik, memastikan pembangunan seimbang bagi semua negeri dan menyediakan peluang sama rata untuk semua tanpa mengira kaum dan kepercayaan agama demi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

“Sehubungan itu, WKB mestilah berpandukan pertumbuhan ekonomi supaya dapat menjana kemakmuran untuk dikongsi bersama. Kerajaan telah meneliti dan mengambil perhatian terhadap maklum balas yang disampaikan rakyat menerusi kajian ini dan juga daripada sesi libat urus yang dilakukan menjelang Belanjawan 2020.”

Belanjawan 2019 telah memperuntukkan sebanyak RM259.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala RM54.7 bilion bagi tujuan perbelanjaan pembangunan.

Pembentangan Belanjawan 2020 itu akan disiarkan secara langsung menerusi media massa dan saluran-saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan di Facebook dan Twitter.

-- BERNAMA

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel