BERITA

Belanjawan 2020: Peruntukan lebih besar perlu untuk bangunkan usahawan tempatan - Redzuan

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Kementerian Pembangunan Usahawan berharap kementerian akan mendapat peruntukan yang lebih besar dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan esok bagi usaha membangunkan usahawan tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata ini selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang 2030.

"Salah satu harapan saya adalah memastikan kita selaras dengan pendigitan belanjawan supaya sebagai kementerian, kita tahu apa yang perlu diukur.

Sebagai contoh, DKN2030 menekankan pada hasil yang boleh diukur dan kita mahu menggunakannya untuk mengukur di mana kita berada ketika memacu ke arah 2030," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Rice Bowl Startup Malaysia di sini hari ini.

Ketika bercakap pada majlis tersebut, Mohd Redzuan berkata para usahawan, terutama berteknologi tinggi, merupakan sumber inovasi yang berharga yang akan menjadi antara penjana utama pengeluaran ekonomi dan pekerjaan.

"Pembangunan dan kekayaan yang diperoleh daripada pertumbuhan ekonomi ini harus diagihkan sama rata supaya semua segmen masyarakat boleh mendapat manfaat daripadanya," kata beliau.

Malaysia adalah negara pertama yang mengumumkan Pemenang Rice Bowl untuk 2019 dengan menawarkan 13 kategori yang berbeza termasuk Best Life Helper, Best e-Commerce dan Rantaian Pembekalan, dan Best Newcomer.

Antara pemenang utama dari Malaysia pada tahun lepas adalah iflix, Carsome, Dropee dan JomParking.

Pemenang negara lain akan diumumkan dalam upacara penyampaian anugerah masing-masing pada Oktober dan November, dan setiap pemenang dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam final peringkat serantau, Anugerah Rice Bowl Startup ASEAN awal tahun depan.

Anugerah Rice Bowl Startup ASEAN yang memasuki tahun kelima, bertujuan untuk menghubungkan komuniti ekonomi serantau bagi memperkasakan ekonomi tempatan.

Pengerusinya Hamdi Mokhtar, berkata anugerah itu telah menerima lebih daripada 3,000 pencalonan di seluruh Asia Tenggara tahun ini, peningkatan 60 peratus dari tahun lepas.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel