BERITA

Belanjawan 2020 yang sangat dinanti dibentangkan hari ini



KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Menteri Kewangan Lim Guan Eng dijadual membentangkan Belanjawan 2020 yang sangat dinanti-nantikan di Dewan Rakyat pada 4 petang hari ini.

Ia merupakan kali kedua beliau membentangkan belanjawan tahunan negara itu.

Ramai rakyat Malaysia berkongsi harapan dan keinginan mereka untuk Belanjawan 2020 termasuk hasrat untuk melihat pelaksanaan inisiatif sosioekonomi yang memberi kesan secara langsung terhadap transformasi digital yang berterusan di bawah Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).

Orang ramai tidak sabar untuk mendengar pengumuman inisiatif berkenaan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat dan lebih banyak peluang untuk menikmati kehidupan berkualiti.

Kebanyakan ahli ekonomi menyatakan harapan bahawa belanjawan kali ini perlu memberikan hala tuju yang lebih besar daripada kerajaan menerusi visinya dan memberi tumpuan kepada pertumbuhan yang mampan.

Sementara itu, persatuan perubatan mendesak kerajaan supaya mengkaji semula keberkesanan dan kelemahan dasar kesihatan sedia ada demi manfaat untuk rakyat.

Menerusi matlamat utama untuk meningkatkan kemakmuran rakyat dalam cara yang adil dan inklusif, kerajaan Pakatan Harapan mendengar suara rakyat sambil berusaha mengotakan janjinya untuk memulihkan Malaysia kepada kedudukan fiskal yang lebih kukuh menjelang 2022, walaupun mewarisi kedudukan kewangan yang membimbangkan.

Majoriti penganalisis berkata Belanjawan 2020 akan mencerminkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan menyusun semula ekonomi dan jurang perbezaan antara orang kaya dan golongan miskin.

Sebagai rekod, peruntukan sebanyak RM314.5 bilion disediakan untuk Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’.

Belanjawan 2020 juga merupakan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan, sejak ia memerintah pada Mei 2018.

Pembentangan Belanjawan Malaysia 2020 akan disiarkan secara langsung menerusi media massa, saluran media sosial dan akaun rasmi Facebook serta Twitter Kementerian Kewangan.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel