KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Banyak pihak meletakkan harapan tinggi terhadap Belanjawan 2020 dengan langkah-langkah yang akan meningkatkan permintaan domestik dan merangsang ekonomi berikutan tekanan luar terutamanya ketegangan perdagangan, telah menjejaskan permintaan luar.
Antara Januari dan Julai 2019, lebihan perdagangan Malaysia meningkat 15.9 peratus kepada RM81.62 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas, tetapi jumlah dagangan turun 1.4 peratus kepada RM1.06 trilion.
Ramai rakyat Malaysia telah berkongsi harapan dan aspirasi besar mereka terhadap belanjawan, yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini.
Ini termasuk harapan untuk melihat pelaksanaan inisiatif sosio-ekonomi yang memberi kesan langsung terhadap transformasi digital yang sedang dilaksanakan di bawah revolusi perindustrian keempat.
Orang ramai ingin mengetahui inisiatif yang dirancang untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat dan peluang lebih baik yang ditawarkan untuk membolehkan mereka menikmati kehidupan berkualiti.
Sementara itu, banyak ahli ekonomi menzahirkan harapan agar belanjawan itu memberikan hala tuju yang lebih baik daripada kerajaan berhubung wawasannya dan memberi tumpuan kepada pertumbuhan mampan.
Mereka juga menggesa bagi penyatuan fiskal secara sederhana oleh kerajaan memandangkan prospek ekonomi yang kurang memberangsangkan.
Pakar percukaian mahu perhatian khusus diberikan untuk menyokong pertumbuhan perniagaan dan meningkatkan pentadbiran cukai semasa.
Mereka percaya kerajaan harus mengurangkan cukai pendapatan peribadi untuk meningkatkan pendapatan boleh guna supaya rakyat akan mempunyai lebih banyak kuasa beli untuk mewujudkan kesan sampingan bagi meningkatkan penggunaan domestik.
Bagi pasaran perumahan, penggiat industri itu menggesa kerajaan mempertimbangkan intervensi pasaran untuk menangani isu bekalan berlebihan dan harga terlalu tinggi bagi hartanah kediaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Satu perkara yang pasti, kerajaan Pakatan Harapan sedang mendengar kehendak rakyat, dan pada masa yang sama cuba menunaikan janjinya untuk memulihkan Malaysia kembali kepada fiskal yang kukuh menjelang 2022, walaupun telah mewarisi kedudukan kewangan yang membimbangkan.
Majoriti penganalisis berkata Belanjawan 2020 akan mencerminkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 kerajaan yang bertujuan untuk menyusun semula ekonomi dan merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel