BERITA

Belanjawan: Perluaskan subsidi pengangkutan awam sebagai alternatif - MBM



PUTRAJAYA, 11 Okt-- Majlis Belia Malaysia (MBM) berharap pembentangan Belanjawan 2020 dapat memberi fokus kepada memperluaskan subsidi pengangkutan awam sebagai alternatif berikutan sebanyak 70 peratus rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam.

Timbalan Pengerusi Biro Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan Ahmad Shah Mohamad Salleh berkata subsidi ini bukan sahaja dapat dinikmati sepenuhnya oleh golongan pelajar, malah pengguna pengangkutan awam yang terdiri daripada rakyat dalam golongan berpendapatan rendah (B40) turut dapat menikmatinya.

"Ini sekali gus dapat meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas yang dilihat semakin kurang mendapat sambutan. MBM berharap pembentangan Belanjawan 2020 dapat mengambil kira pandangan ini demi kemakmuran bersama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Shah berkata MBM menyambut baik hasrat kerajaan memperkenalkan Program Subsidi Petrol Bersasar kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan berdaftar seperti dicadangkan bermula Januari 2020.

Namun, beliau berkata MBM berpandangan subsidi yang ditetapkan pada kadar RM30 sebulan bagi kereta di bawah 1600cc dan RM12 sebulan bagi motosikal tidak memberikan impak berkesan kepada pengguna dalam menangani kos sara hidup yang semakin menghimpit, terutama dalam aspek pengangkutan.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel