KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kekurangan tenaga kerja, kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing, kawasan tanaman yang terhad merupakan antara cabaran yang dihadapi dalam subsektor pertanian kelapa sawit.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, pertanian kelapa sawit turut dipengaruhi oleh harga komoditi global yang tidak menentu serta dasar perlindungan yang dikenakan oleh pasaran utama.
“ Subsektor ini sangat berintensifkan buruh dengan penggunaan teknologi dan mekanisasi yang rendah terutamanya dalam penuaian dan pengumpulan buah tandan segar (FFB). Ia juga sangat bergantung kepada pekerja asing yang merangkumi hampir 77 peratus daripada 431,000 jumlah pekerja yang majoritinya berasal dari Indonesia (63 peratus), Nepal (19 peratus), Bangladesh (7 peratus), Filipina (lima peratus) dan India (empat peratus).
“Kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing menimbulkan masalah terhadap kemampanan dan kestabilan industri terutama semasa aktiviti menuai,” menurut laporan itu.
Pertanian kelapa sawit juga berdepan dengan masalah tanah yang terhad untuk peluasan tanaman pada masa hadapan berikutan penggunaan tanah yang meluas sebelum ini, selain kerajaan juga mahu mengehadkan kawasan tanaman kelapa sawit kepada 6.5 juta hektar menjelang 2023 dalam memastikan pemuliharaan hutan.
“Sehubungan itu, banyak syarikat tempatan terutamanya syarikat berkaitan kerajaan mencari peluang pelaburan di negara lain seperti Brazil, Indonesia dan Papua New Guinea yang memiliki tanah yang luas dengan harga berpatutan serta mempunyai iklim dan jenis tanah yang sama,” menurut laporan itu.
Sementara itu, tanaman kelapa sawit di peringkat global berdepan pemerhatian intensif daripada aktivis alam sekitar dan pengguna berikutan tuduhan pembersihan tanah kurang terkawal yang menyebabkan kemusnahan hutan, meskipun tanaman itu hanya menggunakan 0.4 peratus daripada tanah pertanian global berbanding pengeluaran pertanian lain.
Selain itu, laporan itu menjelaskan sejak 2006 harga komoditi termasuk minyak sawit mentah mencatat volatiliti tinggi berikutan ketidaktentuan permintaan dan penawaran dunia yang menyebabkan kemerosotan pengeluaran.
Laporan itu bagaimanapun menjelaskan, meskipun berdepan masalah tanah terhad, hasil minyak sawit dapat dipertingkatkan melalui produktiviti yang lebih tinggi dengan penggunaan teknologi digital dan mekanisasi.
Menurut laporan berkenaan, selaras dengan kepentingan subsektor kelapa sawit kepada ekonomi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan pengeluaran dan meluaskan pasaran minyak sawit termasuklah dengan memperkenalkan mekanisasi, mempelbagaikan pasaran eksport, menggalakkan penggunaan biodiesel dan mematuhi piawaian antarabangsa.
--BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel