BERITA

Kerajaan PH akan usaha tunai janji berlandaskan semangat inklusiviti, kemakmuran bersama



KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus berusaha untuk melaksanakan semua inisiatif yang dijanjikan berlandaskan semangat inklusiviti dan kemakmuran bersama, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau Berkata, meskipun berhadapan pelbagai cabaran dan rintangan, kerajaan akan memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

Sehubungan itu, katanya kerajaan perlu menguruskan dasar fiskal secara efektif bagi mencapai keseimbangan antara menyokong pertumbuhan ekonomi dengan memastikan hutang dan liabiliti negara kekal mampan.

"Memandangkan sumber adalah terhad, maka pengagihan sumber perlu dioptimumkan mengikut keutamaan sosioekonomi di samping mengekalkan ruang fiskal yang mencukupi," katanya dalam kata pengantar laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Beliau berkata 2020 akan menjadi tahun terakhir Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), dan ia juga menjadi tahun asas kepada kerajaan dalam menetapkan hala tuju RMK12 (2021-2025) yang berteraskan kepada wawasan atau agenda "Kemakmuran Bersama".

"Dalam kesungguhan untuk mencapai pertumbuhan dan kedinamikan ekonomi, ketidakseimbangan peluang dalam ekonomi perlu ditangani bagi mewujudkan asas yang saksama dalam pembangunan negara," kata Dr Mahathir.

Perdana menteri berkata, sektor swasta memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama.

Pelbagai inisiatif yang diterajui pemain industri dalam perkongsian pembangunan dan penyelidikan, pemindahan teknologi dan kemahiran serta pelaburan infrastruktur berpotensi untuk merangsang pembangunan, meningkatkan produktiviti, mewujudkan pekerjaan berkualiti, memperkukuhkan kemahiran dan menggalakkan kemajuan teknologi, katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan pula akan terus komited dalam melaksanakan pembaharuan institusi terutamanya dalam bidang berkaitan tadbir urus dan kewangan awam yang bertujuan untuk memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap institusi awam.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel