KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Malaysia tidak lagi meminjam daripada Bank Pembangunan pelbagai hala (MDB) sejak dua dekad lepas apabila pasaran modal negara menjadi lebih dinamik serta kurangnya pendedahan risiko pertukarang asing.
Bagaimanapun, menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, negara terus mendapat manfaat sebagai negara anggota MDB melalui pelbagai kemudahan.
Laporan itu menyebut antara manfaatnya ialah 'reimbursable advisory services' yang disediakan Kumpulan Bank Dunia (WBG) dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan mampan, daya saing dan pengurusan ekonomi.
“Sejak 2015, Malaysia memperoleh akses langsung kepada pengetahuan dan kepakaran WBG untuk meningkatkan keupayaan negara yang sedang menuju ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi,” kata laporan itu.
WBG turut menyediakan analisis berhubung cabaran dasar dan perkembangan ekonomi negara terkini melalui Malaysia Economic Monitor (MEM) yang diterbitkan dua kali setahun.
Penerbitan MEM edisi Jun 2019 bertajuk “Re-energising the Public Service” memberi tumpuan kepada peranan penting yang digalas perkhidmatan awam selaras dengan agenda pembaharuan kerajaan.
Keanggotaan Malaysia dalam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga memberi manfaat kepada negara melalui aktiviti pengawasan tahunan melibatkan penilaian ke atas perkembangan ekonomi dan kewangan negara.
Sokongan Bank Pembangunan Asia (ADB) di Malaysia telah memberi fokus dalam meningkatkan kerjasama dan integrasi serantau, memangkinkan pelaburan swasta dan pembangunan kapasiti.
“ADB menyasarkan beberapa sektor khusus dan mengenal pasti bidang keutamaan tematik untuk membantu Malaysia mencapai agenda pembangunan melalui bantuan teknikal dan khidmat nasihat,” katanya.
Penglibatan Malaysia dalam MDB juga mencerminkan komitmen dan keprihatinan negara terhadap usaha antarabangsa dalam pembangunan serta kerjasama ekonomi, selaras dengan Agenda Pembangunan 2030 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel