BERITA

Pasaran buruh kekal stabil, wujud lebih banyak peluang pekerjaan pada 2020



KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Pasaran buruh dijangka terus stabil pada tahun depan dengan kadar pengangguran kekal pada 3.3 peratus yang disokong oleh pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, jumlah yang bekerja dijangka meningkat kepada 15.3 juta pada 2020 berbanding 15.1 juta pada 2019 dengan sektor perkhidmatan seramai 9.5 juta atau 62.1 peratus, sektor pembuatan (16.2 peratus) dan 12.2 peratus dalam sektor pertanian.

Selain itu, kerajaan terus melaksanakan inisiatif untuk mengurangkan lagi kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah, maklumnya.

"Justeru, kadar levi lanjutan baharu telah dilaksanakan pada 2 Jan 2019 ke atas pekerja asing yang telah berkhidmat selama 10 tahun atau lebih dalam sektor pertanian dan perladangan.

"Usaha ini dijangka membolehkan sektor tersebut meningkatkan rantaian nilai di samping mengekalkan nisbah pekerja asing berkemahiran rendah di bawah 15 peratus daripada jumlah guna tenaga," menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyatakan pada separuh pertama 2019 kekosongan pekerjaan berkurang 6.9 peratus kepada 512, 504 manakala bilangan pencari kerja aktif pula berkurang 1.4 peratus kepada 237,600 dengan 3.7 peratus merupakan pendaftar baharu.

Bilangan pekerja yang diberhentikan pula kekal rendah iaitu 20,521 atau 0.1 peratus daripada jumlah penduduk bekerja selaras dengan keadaan pasaran buruh yang menggalakkan.

Dalam pada itu,  bilangan ekspatriat meningkat 12.1 peratus kepada 122,192 yang majoritinya terdiri daripada warga India (22.7 peratus) diikuti China (20.2 peratus) dan Jepun (6.9 peratus) yang bekerja dalam sektor perkhidmatan, teknologi maklumat dan pembuatan.

-- BERNAMA

 

 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel