KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kedudukan kewangan sektor awam disatukan dijangka mencatatkan lebihan semasa yang lebih rendah sebanyak RM42.2 bilion pada 2019, disebabkan oleh peruntukan tunggakan bayaran balik cukai.
Perbelanjaan pembangunan sektor awam disatukan diunjur menurun 2.8 peratus kepada RM138 bilion terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan yang lebih rendah, demikian menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.
“Justeru, defisit keseluruhan kewangan sektor awam disatukan selepas semua transaksi antara unit diasingkan dijangka meningkat kepada RM95.8 bilion atau 6.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019 (2018: RM66 bilion: 4.6 peratus),” kata laporan itu.
Pelaporan kedudukan kewangan sektor awam disatukan yang terdiri daripada unit kerajaan am dan syarikat awam bukan kewangan bertujuan menganggar saiz sektor awam, mengukur kesan aktiviti ke atas ekonomi secara makro dan mengenal pasti sumber risiko fiskal.
Menurut laporan itu, untuk hasil disatukan bagi kerajaan negeri, ia diunjur meningkat ketara sebanyak 19.6 peratus kepada RM27.9 bilion pada 2019, sebahagian besar dipacu oleh hasil janaan negeri, diikuti hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.
“Daripada jumlah tersebut, 88.1 peratus atau RM24.6 bilion merupakan hasil janaan negeri yang sebahagian besarnya terdiri daripada cukai jualan, royalti petroleum, faedah pelaburan, premium tanah dan cukai tanah, manakala selebihnya geran daripada Kerajaan Persekutuan,” kata laporan itu.
Hasil cukai dianggar berjumlah RM9 bilion atau 32.1 peratus, yang mana cukai langsung berjumlah RM3.2 bilion, sebahagian besarnya terdiri daripada cukai ke atas sumber asli, manakala cukai tidak langsung dijangka menyumbang RM5.8 bilion mewakili 64.2 peratus.
Bagi hasil bukan cukai, ia dijangka mencatat RM12.5 bilion atau 44.7 peratus dengan komponen utama hasil tersebut termasuk royalti petroleum (RM3.6 bilion), faedah pelaburan (RM3.4 bilion) serta premium tanah (RM2.1 bilion), manakala terimaan bukan hasil pula berjumlah RM6.5 bilion merangkumi geran daripada Kerajaan Persekutuan.
“Secara keseluruhan, kedudukan kewangan kerajaan negeri disatukan bagi 2019 dijangka mencatat lebihan semasa sebanyak RM13.6 bilion mewakili 48.6 peratus daripada jumlah hasil disatukan,” kata laporan itu.
Sementara itu, baki keseluruhan kerajaan negeri setelah mengambil kira perbelanjaan pembangunan dianggar mencatat lebihan RM674 juta atau 0.04 peratus daripada KDNK.
Menurut laporan itu, bagi 2019, hasil kerajaan am dianggar meningkat 11.3 peratus kepada RM312.7 bilion manakala perbelanjaan mengurus disatukan meningkat 13.5 peratus kepada RM301.5 bilion, disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan, seterusnya menyebabkan lebihan semasa berkurang kepada RM11.2 bilion berbanding 2018.
Di samping itu, perbelanjaan pembangunan disatukan dijangka berkurang 6.5 peratus kepada RM59.1 bilion disebabkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan yang lebih rendah dan sehubungan itu, defisit keseluruhan kerajaan am dijangka mencatat RM48 bilion atau 3.2 peratus daripada KDNK pada 2019 selepas semua pindahan dan pinjaman bersih antara unit diasingkan.
Kedudukan kewangan disatukan bagi syarikat awam bukan kewangan dianggar mencatat lebihan semasa yang lebih rendah iaitu RM31.1 bilion pada 2019 berbanding RM60.7 bilion pada 2018, disebabkan oleh peningkatan aliran keluar khususnya pemberian dividen khas secara sekali daripada PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan.
“Sehubungan itu, defisit keseluruhan bagi 2019 dianggarkan sebanyak RM47.8 bilion.
“Pelaburan syarikat awam bukan kewangan akan terus ditumpukan dalam projek domestik dan luar negara bagi menambah baik dan memodenkan infrastruktur serta memacu pertumbuhan perniagaan yang mampan,” kata laporan itu.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel