BERITA

Malaysia terlalu bergantung kepada syarikat multinasional, FDI - Laporan

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Produktiviti Faktor Keseluruhan (TFP) negara tidak meningkat seperti negara maju disebabkan terlalu bergantung kepada syarikat multinasional (MNC) dan pelaburan langsung asing (FDI) dalam meningkatkan eksport dan pemindahan teknologi.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, peralihan daripada pengeluaran berintensifkan buruh bagi mengekalkan peningkatan produktiviti dan pendapatan per kapita memerlukan inovasi dan bukan sekadar meniru daripada pihak lain. 

 "Tambahan pula, syarikat Malaysia tidak mampu mencipta teknologi yang menjadi prasyarat dalam inovasi dan peningkatan produktiviti," menurut laporan itu.

 Selain itu, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D ) dan pengkomersialan dan inovasi (C&I) industri pembuatan khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sering dibatasi sumber yang terhad.

Pemain industri juga lebih cenderung menggunakan teknologi sedia ada tanpa membuat penambahbaikan menyebabkan industri jauh ketinggalan daripada aspek teknologi jika dibandingkan dengan 'Newly Industrialised Economies', menurut laporan itu.

Laporan tersebut menyatakan sektor pembuatan negara sangat berintensifkan import terutamanya elektrikal dan elektronik (E&E) dan bahan kimia sebahagiannya disebabkan oleh rantaian bekalan global yang sangat kompleks.

"Sebahagian besar pemain industri terutamanya MNC kurang menggunakan bahan tempatan untuk menyokong operasi disebabkan oleh keupayaan teknologi firma tempatan yang rendah," menurut laporan itu.

Laporan itu turut menyatakan hanya 30 peratus daripada tenaga kerja Malaysia terdiri daripada kategori mahir disebabkan oleh lambakan pekerja asing berkemahiran rendah yang tidak menggalakkan penambahbaikan industri dan peningkatan kemahiran tenaga kerja.

 "Tambahan pula, Malaysia berdepan situasi penghijrahan golongan profesional seperti dilaporkan Bank Dunia (2011) yang mengganggarkan satu daripada setiap sepuluh rakyat Malaysia yang berkemahiran memilih untuk bekerja di luar negara," menurut laporan itu.

 -- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel