BERITA

Pembangunan modal insan bantu tingkat pendapatan rakyat

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Pelbagai inisiatif termasuk peningkatan produktiviti dengan memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan terutamanya latihan semula dan peningkatan kemahiran akan dipergiat oleh kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, selaras dengan kepentingan pendidikan dalam mempersiapkan generasi hadapan, kerajan akan memberi tumpuan untuk memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan dan keupayaan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan industri.

"Dalam Belanjawan 2020, kerajaan akan memperuntukkan dana termasuk menyediakan bantuan makanan dan wang tunai kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah,

"Di samping itu, kurikulum pendidikan tertiari akan ditambah baik manakala program latihan industri akan dikaji semula untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan," katanya.

Laporan itu juga menyebut selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030, beberapa strategi akan dirangka kerajaan untuk mewujudkan suasana yang membolehkan sektor awam, swasta, profesional dan rakyat berkolaborasi dengan berkesan.

"Belanjawan 2020 juga akan memperkenalkan inisiatif bagi menambah baik dan memperkemas peraturan pentadbiran, prosedur dan sistem serta penyampaian perkhidmatan awam untuk menyokong keusahawanan," kata laporan itu.

Laporan tersebut turut menyatakan hasil kajian mengenai perubahan struktur ekonomi Malaysia berdasarkan output, nilai ditambah, cukai dan subsidi.

"Pada 2005, pembuatan merupakan sektor ekonomi terbesar, namun pada 2010 dan 2015 sektor perkhidmatan muncul sebagai penyumbang terpenting kepada ekonomi Malaysia," katanya.

Dari segi nilai ditambah pula, kajian mendapati pada 2005 minyak mentah dan gas asli merupakan industri utama manakala pada 2010 perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal mengatasi minyak mentah dan gas asli sebagai industri utama dengan trend berterusan pada 2015," katanya.

Bagi kutipan cukai, kenderaan bermotor, treler dan semi treler kekal menjadi penyumbang terbesar sepanjang tempoh 2005 hingga 2015.

"Cukai dari produk tembakau dan spirit, wain dan minuman keras terus meningkat sepanjang tempoh tersebut," katanya.

Laporan itu berkata sebaliknya, cukai bagi kesenian, hiburan dan rekreasi berkurangan dengan ketara  bertujuan menggalakkan pembangunan industri tersebut.

Jumlah subsidi telah dikurangkan selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi.

"Bagaimanapun komoditi kok dan produk petroleum bertapis terus mendapat subsidi tertinggi walaupun pada kadar yang semakin berkurang manakala subsidi bagi komoditi lain disediakan secara bersasar bagi memenuhi objektif pembangunan dan sosial," menurut laporan itu.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel