BERITA

Malaysia di tangga pertama Global Muslim Travel Index



KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Malaysia menduduki tempat pertama dalam Global Travel Index pada tahun lepas, menurut satu kajian di peringkat global oleh CrescentRating.

Sementara itu, Euromonitor International memilih Kuala Lumpur sebagai Top 100 Cities Destinations.

United Nations World Tourism Organisation (UNWTO) pula meletakkan Malaysia pada tempat ke-15 bagi ketibaan pelancong dan kedudukan ke-21 bagi hasil terimaan pelancong.

Antara faktor yang menarik pelancong ke Malaysia adalah peningkatan penduduk berpendapatan sederhana terutama di Asia, inflasi yang rendah dan destinasi jarak dekat.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, jumlah ketibaan dan hasil terimaan pelancong dijangka terus berkembang berikutan pelancaran Visit Malaysia 2020 (VM2020).

Tahun ini, ketibaan pelancong dianggarkan mencapai 28.1 juta dengan hasil terimaan berjumlah RM92.2 bilion.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan kebergantungan yang tinggi terhadap ketibaan pelancong dari Singapura, kekurangan produk pelancongan baharu, laluan udara terhad serta isu keselamatan dan sekuriti merupakan antara isu dan cabaran yang membelenggu industri pelancongan ketika ini.

Sejajar dengan VM2020, terdapat keperluan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan, hak perjalanan udara ke negara jarak sederhana dan jauh, dan kapasiti tempat duduk penerbangan untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke Malaysia.

Pelancongan pelayaran juga berpotensi dimajukan terutamanya di Langkawi, Melaka dan Pulau Pinang yang boleh dijadikan pelabuhan bagi kapal pelayaran antarabangsa, selain pelancongan Islam yang akan terus diperkukuh termasuklah memperkenalkan standard Perkhidmatan Hospitaliti Mesra Muslim pertama dunia yang mengiktiraf penginapan patuh syariah.

Sementara itu, industri pelancongan kesihatan berkembang dengan pesat dan selaras dengan kempen Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama penjagaan kesihatan, kerajaan menyasarkan hasil pendapatan sebanyak RM2.2 bilion pada 2020.

Industri pelancongan negara berpotensi besar untuk terus berkembang berikutan kekayaan alam semula jadi, kepelbagaian budaya dan makanan, infrastruktur moden, dan lokasi yang strategik, ditambah dengan usaha memperkukuh tahap keselamatan dan sekuriti negara termasuk mengekang pencerobohan dan ancaman luar.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel