BERITA

Dasar fleksibel penting demi pertumbuhan domestik terus kukuh - Lim



KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kerajaan perlu mempunyai dasar yang fleksibel untuk memastikan pertumbuhan domestik terus kukuh dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai penting, beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan juga tidak terkecuali daripada kesan kelembapan pertumbuhan global yang berlaku secara serentak.

"Kerajaan sentiasa memantau rapi semua perkembangan luaran dan akan bertindak mengikut keperluan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan," katanya dalam prakata laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Selain itu, Lim berkata kerajaan kekal komited untuk mengurangkan defisit fiskal dan tahap hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar.

Berikutan itu, langkah memperbaiki kedudukan fiskal kerajaan adalah diperlukan untuk mencapai kestabilan makroekonomi dan menyokong agenda pembangunan negara dalam jangka panjang.

"Dalam hal ini, Jawatankuasa Pembaharuan Cukai ditubuhkan untuk membuat kajian menyeluruh mengenai sistem percukaian negara melalui rasionalisasi pelbagai insentif cukai, memperkemas pentadbiran cukai dan meneroka sumber hasil baharu yang mampan tanpa membebankan rakyat.

"Jawatankuasa Pengurusan Hutang turut ditubuhkan untuk menyelaras pengurusan semua hutang, jaminan dan liabiliti Kerajaan Persekutuan." katanya.

Malah, antara sebahagian daripada pembaharuan institusi, Lim berkata kerajaan akan menambah baik proses belanjawan berasaskan sifar dalam pengagihan sumber di samping memperkemas proses tender terbuka.

Program dan projek berimpak tinggi juga akan diberi keutamaan manakala pembaharuan institusi akan membantu mengurangkan ketirisan, katanya.

Selain itu, Lim berkata kerajaan dijangka memperkenalkan Akta Perolehan Kerajaan pada 2020 yang bertujuan menggalakkan tadbir urus baik dalam menguruskan perbelanjaan awam.

"Akta Tanggungjawab Fiskal juga sedang dirangka dan dijangka dibentangkan pada 2021 untuk memastikan kestabilan fiskal, ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor awam," katanya.

--BERNAMA


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel