KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Keadaan monetari dan kewangan di Malaysia dijangka kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi, dengan operasi disokong oleh pasaran wang dan pasaran pertukaran asing serta aktiviti pengantaraan yang dinamik.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, sektor perbankan dijangkakan terus teguh dan teratur yang didorong oleh mudah tunai yang mencukupi dan penampan modal yang kukuh.
"Dasar monetari akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi di samping memastikan kestabilan harga.
"Sementara itu, pasaran kewangan dijangka bertambah kukuh, disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang rancak dan pelaksanaan semula projek strategik," menurut laporan itu.
Dasar monetari pada 2019 kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran harga yang stabil.
Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dikekalkan 3.25 peratus sejak Januari 2018 telah dikurangkan sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus pada Mei 2019 selepas mengambil kira risiko pertumbuhan perlahan berikutan ketidaktentuan dalam persekitaran global, ketegangan perdagangan dan kelemahan harga komoditi yang berterusan.
Kadar faedah dalam sistem perbankan turut diturunkan sejajar dengan pelarasan OPR.
Laporan itu berkata, aktiviti dalam sistem perbankan dalam tempoh tujuh bulan pertama 2019 kekal berdaya tahan dengan kelulusan pinjaman dan pengeluaran berkembang 5.8 peratus dan 2.8 peratus kepada RM238 bilion dan RM704.8 bilion.
Bagaimanapun, permohonan pinjaman merosot 1.8 peratus kepada RM500.9 bilion, manakala jumlah pinjaman terkumpul meningkat 3.9 peratus kepada RM1.73 trilion pada akhir Julai 2019.
"Pengeluaran pinjaman perniagaan berkembang 0.4 peratus kepada RM446.3 bilion, iaitu 63 peratus daripada jumlah pinjaman yang dikeluarkan.
"Pemohonan pinjaman perniagaan mengalami penurunan 0.7 peratus kepada RM203.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai 2019," katanya.
Laporan itu menunjukkan sebahagian besar pinjaman disalurkan kepada sektor pembuatan (31.8 peratus); perdagangan borong dan runcit, restoran dan hotel (29.4 peratus) dan sektor pembinaan (11.4 peratus).
Pinjaman terkumpul bagi perniagaan meningkat 2.5 peratus kepada RM610.2 bilion, mencakupi 35.3 peratus daripada jumlah pinjaman terkumpul.
"Sistem perbankan dijangka kekal kukuh, beroperasi dengan modal dan penampan mudah tunai yang mampan pada 2019 dan 2020, kukuh," katanya.
Bagi isi rumah, pinjaman terus berkembang dengan kelulusan pinjaman meningkat 3.7 peratus kepada RM128.1 bilion dan pengeluaran pinjaman meningkat 1.4 peratus kepada RM199.8 bilion.
Pinjaman yang dikeluarkan kepada sektor isi rumah terutamanya untuk kredit penggunaan (49.8) peratus, diikuti dengan pembelian hartanah kediaman (24.8 peratus) dan kereta penumpang (10.9 peratus).
Pada akhir Julai 2019, jumlah pinjaman terkumpul isi rumah meningkat 4.7 peratus berjumlah RM1.01 trilion, yang merangkumi 58.3 peratus daripada jumlah pinjaman terkumpul dalam sistem perbankan.
"Jumlah hutang isi rumah meningkat sedikit kepada RM1.22 trilion, iaitu 82.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada akhir Jun 2019.
"Bagaimanapun, paras hutang telah menyederhana sejak 2015 berikutan langkah kehematan makro dan program literasi kewangan yang diperkenalkan untuk mengawal tahap keberhutangan isi rumah," katanya.
Laporan itu juga menyebut pasaran kewangan Malaysia dijangka bertambah kukuh, disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang rancak dan pelaksanaan semula projek strategik.
Bagaimanapun, faktor luaran termasuk ketegangan perdagangan AS-China yang berlarutan, volatility dalam pasaran kewangan global dan pergolakan geopolitik boleh menjejaskan prestasi kewangan dan pasaran modal, menurut laporan tersebut.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel