KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kerajaan meletakkan keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi dengan penggunaan teknologi baharu secara meluas di samping menggalakkan pelaburan swasta dalam bidang berteknologi dan bernilai tinggi serta berasaskan pengetahuan untuk memacu negara ke arah status negara berpendapatan tinggi.
Pada masa yang sama, terdapat keperluan untuk memastikan pertumbuhan yang mapan dan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Status negara berpendapatan tinggi menjadi tidak bermakna sekiranya rakyat tidak mendapat sebarang manfaat daripada kemakmuran negara. Bagi mencapai tujuan itu, kerajaan mendukung prinsip kemakmuran bersama sebagai hala tuju baharu dalam pertumbuhan ekonomi tanpa sesiapa pun terpinggir daripada arus pembangunan,” katanya dalam prakata laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
Menurut Lim, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar 4.7 peratus pada 2019 dan 4.8 peratus pada 2020.
Kerajaan, katanya, sedang melaksanakan misi khusus untuk melindungi kumpulan paling mudah terjejas, yang boleh dilihat menerusi pengenalan pelbagai program sosial seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), skim perlindungan kesihatan nasional MySalam, Skim Peduli Kesihatan B40 (PEKA B40), i-Suri dan FoodBank.
Kebimbangan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup sedang ditangani melalui sokongan seperti, pengenalan pas MyRapid dan i-Keep.
Kerajaan juga sedang membangunkan Indeks Kos Sara Hidup untuk membantu majikan menentukan kadar gaji yang berpatutan dan tahap kenaikan gaji yang bersesuaian kepada pekerja setelah mengambil kira kos sara hidup, katanya.
Menurutnya, pada masa hadapan kualiti institusi sangat penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang dan oleh itu kerajaan masih meneruskan inisiatif pembaharuan institusi terutamanya berkaitan kewangan awam.
“Tahap ketelusan dalam sektor awam dapat dipertingkatkan lagi apabila Kerajaan beralih sepenuhnya kepada perakaunan akruan daripada perakaunan asas tunai dalam tempoh tiga tahun,” katanya.
Di peringkat serantau, Malaysia akan menjadi tuan rumah mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 2020 dan negara dijangka menerima
kedatangan lebih 16,000 delegasi dari 21 ekonomi yang mewakili 60 peratus atau US$48 trilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 47 peratus atau US$22 trilion daripada perdagangan dunia.
“Ini membuka peluang kepada negara untuk memperkenalkan semula kehebatan Malaysia kepada dunia dan mempamerkan kejayaan transformasi negara daripada kletokrasi global kepada demokrasi berfungsi seterusnya untuk menjulang semula kedudukan negara sebagai salah satu harimau Asia,” kata Lim.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel