KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kerajaan membangunkan rangka kerja Analisis Kemampanan Hutang (DSA) untuk menjalankan analisis kemampanan hutang awam dan hutang luar negeri sebagai kaedah untuk mengesan dan mencegah krisis yang mungkin berlaku secara lebih baik.
Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020 yang dikeluarkan Kementerian kewangan, analisis tersebut merangkumi analisis senario unjuran dasar dan analisis sensitiviti.
“Rangka kerja DSA memberi gambaran tentang beban hutang negara dalam tempoh jangka masa sederhana berbanding landasan kemampanan hutang dengan mengenal pasti kelemahan dalam struktur hutang atau rangka kerja polisi sedia ada serta mengkaji impak dasar penstabilan hutang alternatif,” menurut laporan itu.
Berdasarkan analisis senario unjuran dasar, keperluan pembiayaan kasar Kerajaan Persekutuan dijangka kekal di bawah had penanda aras DSA bagi negara yang berkembang pesat iaitu 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Analisis ini menunjukkan keperluan pembiayaan kasar akan berkurang kepada 7.4 peratus pada 2024 daripada 8.9 peratus pada 2019 dengan andaian konsolidasi fiskal dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh jangka masa sederhana.
“Pada masa yang sama, hutang Kerajaan Persekutuan dijangka kekal terurus dengan mencatat 50.2 peratus daripada KDNK pada 2024 iaitu di bawah had siling 55 peratus,” menurut laporan itu.
Menurut laporan itu, ujian tekanan ke atas pertumbuhan KDNK benar liabiliti luar jangka dan gabungan tekanan makro-fiskal bagaimanapun memberi kesan kepada indikator hutang.
Keperluan pembiayaan luar yang besar merupakan risiko utama profil hutang yang dikenal melalui model (DSA) ini.
“Konsolidaasi fiskal dan pengurangan hutang secara berperingkat penting untuk membina penampan fiskal yang mencukupi, terutama semasa krisis ekonomi dan kewangan global.
“Oleh itu, tahap hutang yang mampan akan terus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya melindungi penarafan berdaulat negara,” menurut laporan itu.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel