BERITA

Purata output potensi diunjur mencatat 4.8-5.0 peratus pada 2018-2020

KUALA LUMPUR, 11 Okt  – Purata anggaran output potensi dijangka berada dalam lingkungan antara 4.8 peratus dan 5.0 peratus bagi tempoh 2018 hingga 2020, demikian menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Ini sekali gus menunjukkan ekonomi berkembang menghampiri pertumbuhan potensi dengan kadar inflasi dan guna tenaga yang stabil.

"Bagaimanapun, risiko luaran seperti pertumbuhan global yang perlahan dan aktiviti perdagangan yang semakin perlahan dijangka terus mempengaruhi prestasi ekonomi Malaysia," menurut laporan itu.

Purata output potensi bagi tempoh 2001 hingga 2005 dan 2006 hingga 2010 dianggarkan masing-masing pada 5.1 peratus dan 4.7 peratus, iaitu lebih tinggi berbanding output sebenar, yang terjejas berikutan letusan gelembung dot-com dan krisis kewangan global.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, kadar pengangguran kekal stabil dalam lingkungan 3.2 peratus hingga 3.7 peratus dalam tempoh 2001 hingga 2010, mencerminkan guna tenaga penuh.

Sementara itu, sumbangan Produktiviti Faktor Keseluruhan (TFP) meningkat daripada 28.3 peratus pada tempoh 2001 hingga 2005 kepada 34.7 peratus pada 2006 hingga 2010, sejajar dengan dasar kerajaan untuk menganjak Malaysia daripada ekonomi berasaskan modal kepada ekonomi berasaskan produktiviti mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan.

Manakala, kadar inflasi meningkat daripada 1.9 peratus bagi tempoh 2001 hingga 2005 kepada 2.4 peratus pada 2006 hingga 2010, disebabkan oleh kenaikan ketara harga makanan dan tenaga global pada 2008.

Pada tempoh 2011 hingga 2015, output sebenar berkembang 5.3 peratus, lebih tinggi daripada paras potensi 5.2 peratus, didorong oleh pelaburan berintensifkan teknologi dan pertambahan pekerja mahir berikutan  perubahan struktural dalam ekonomi, menurut laporan itu.

Kadar pengangguran direkodkan lebih rendah antara 2.9 peratus dan 3.1 peratus manakala inflasi kekal stabil pada 2.2 peratus.

Pada 2016 hingga 2020, potensi output dianggarkan pada 5.0 peratus berbanding output sebenar yang berkembang 4.9 peratus, kata laporan itu.

Ini adalah sejajar dengan kadar pengangguran yang dijangka meningkat antara 3.3 peratus dan 3.4 peratus dengan modal terkumpul berkembang pada kadar yang lebih perlahan iaitu 2.2 peratus.

"Jurang output yang negatif menggambarkan peningkatan ketidaktentuan luaran iaitu perang perdagangan yang meruncing, ketegangan geopolitik serta volatiliti dalam pasaran kewangan dan komoditi global.

"Bagaimanapun, sumbangan TFP bagi tempoh tersebut dijangka berkembang kepada 39.6 peratus sejajar dengan peningkatan sasaran jumlah pekerja mahir dan berpengetahuan serta penggunaan meluas teknologi termaju dan automasi oleh industri," menurut laporan itu.

Sementara itu, kadar inflasi dijangka kekal stabil pada 1.9 peratus berikutan inisiatif kerajaan untuk menetapkan harga pertrol di pam bagi meringankan beban rakyat.

"Kerajaan akan terus memperkukuhkan dasar bagi output berpotensi dan mencapai pertumbuhan yang mampan," katanya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel