BERITA

Akta Tanggungjawab Fiskal kukuhkan kewangan awam



KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Pengenalan Akta Tanggungjawab Fiskal yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada 2021 akan mengukuhkan kewangan awam melalui peningkatan disiplin fiskal, keberkesanan perbelanjaan dan ketelusan.

Malah, pengenalan akta itu menjadi antara inisiatif pembaharuan yang diumumkan pada Belanjawan 2019 untuk mengukuhkan pentadbiran fiskal, demikian menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Undang-undang Tanggungjawab Fiskal (FRL) juga merupakan dokumen perundangan yang merangkumi standard, peraturan dan prosedur berkaitan pengurusan fiskal dan belanjawan bertujuan mengukuhkan kewangan awam bagi memastikan kemampanan fiskal jangka masa sederhana dan panjang.

"Pelaksanaan FRL yang berkesan menyumbang kepada kestabilan fiskal, ketelusan, akauntabiliti dan proses belanjawan yang teratur.

"Objektif tersebut boleh dicapai menerusi pembangunan rangka kerja peraturan fiskal yang baik menumpukan prinsip, prosedur, peraturan fiskal atau mana-mana kombinasi berdasarkan keperluan sesebuah negara," kata laporan itu.

Kandungan FRL meliputi peraturan fiskal yang menjadi panduan dalam pentadbiran dasar fiskal melalui penetapan sasaran atau had tertentu ke atas agregat belanjawan.

"Secara umumnya, terdapat empat jenis peraturan fiskal utama iaitu baki belanjawan, hutang, perbelanjaan dan hasil untuk Kerajaan Persekutuan atau negara."

Menurut laporan itu, dalam penggubalan FRL, kerajaan boleh mempertimbang pelbagai komponen utama dan opsyenal untuk dijadikan undang-undang dengan strategi dasar fiskal jangka sederhana menjadi antara komponen utama FRL yang menyediakan panduan fiskal, unjuran dan inisiatif dasar utama yang kebiasaannya bagi tempoh tiga tahun.

Selain itu, strategi dasar belanjawan tahunan merupakan satu lagi komponen utama FRL yang melengkapi objektif fiskal jangka masa sederhana manakala komponen penting lain termasuk penerbitan laporan secara berkala mengenai prestasi dasar fiskal dan penyata kewangan diaudit bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan maklumat.

Komponen opsyenal juga boleh dijadikan undang-undang bagi meningkatkan lagi kredibiliti dan ketelusan pengurusan dasar fiskal.

"Kebanyakan negara maju dan membangun telah mengguna pakai FRL bagi mengukuhkan institusi fiskal serta menggalakkan pengurusannya secara lebih bertanggungjawab dan telus.

"Peraturan dan prinsip FRL turut dimasukkan ke dalam Perlembagaan, undang-undang sistem belanjawan dan perjanjian antarabangsa atau digubal secara berasingan sebagai panduan pentadbiran kewangan awam," katanya.

Menurut laporan itu, negara-negara seperti Chile, Ireland, New Zealand dan Thailand turut menjadikan FRL sebagai undang-undang berasingan berikutan beberapa kelebihannya seperti merangkumi pelbagai lapisan kerajaan, menumpukan pada proses fiskal berbanding proses belanjawan selain meningkatkan komitmen politik bagi pembaharuan fiskal.

-- BERNAMA


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel