KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Pasaran ekuiti domestik dijangka kekal berdaya tahan pada 2020 disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, mudah tunai domestik yang mencukupi dan instrumen pasaran modal sedia ada yang teguh.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, dalam tempoh tujuh bulan pertama 2019, pemerolehan dana kasar dalam pasaran modal meningkat 27.8 peratus kepada RM167.9 bilion disokong oleh pemerolehan dalam sektor swasta yang meningkat dengan ketara sebanyak 47 peratus kepada RM89.2 bilion.
Laporan itu menyatakan pemerolehan dana kasar oleh sektor swasta melalui pasaran ekuiti tempatan berkembang mendadak daripada RM0.9 bilion kepada RM5 bilion susulan tawaran awam awal yang meningkat daripada RM0.6 bilion kepada RM1.6 bilion manakala terbitan hak meningkat daripada RM0.3 bilion kepada RM3.5 bilion.
“Peningkatan ini didorong oleh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik dalam kalangan pelabur tempatan,” kata laporan tersebut.
Sementara itu, laporan itu menyebut pada akhir Julai 2019 pegangan asing bagi terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) mencatat 38.3 peratus dan 4.4 peratus.
Peningkatan terhadap permintaan bon tempatan oleh pelabur asing didorong aktiviti pencarian keuntungan berikutan sentiment penurunan kadar faedah.
Bagaimanapun, kadar hasil MGS dan bon korporat bagi semua tempoh matang serta tahap penarafan telah berkurang selari dengan bon global, kata laporan itu.
Penurunan ini disebabkan oleh minat pelabur asing yang tinggi terhadap sekuriti pendapatan tetap Malaysia.
Dalam pada itu, laporan itu menyebut FTSE Bursa Malaysia yang terus meningkat sepanjang Jun 2019 berkurang pada akhir Ogos berikutan unjuran pertumbuhan dunia yang lebih perlahan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan peningkatan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Pada akhir Ogos 2019, permodalan pasaran berkurang 9.4 peratus kepada RM1.690 trilion manakala jumlah dagangan merosot 5.2 peratus kepada 444.3 bilion unit.
“Jumlah nilai urus niaga pasaran pula berkurangan 20.5 peratus kepada RM361.2 bilion.
“Bagaimanapun, hala tuju pasaran kekal pada 22.8 peratus manakala volatiliti pasaran merekodkan 21.9 peratus," kata laporan itu.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel