BERITA

Peningkatan lima peratus produktiviti kelapa sawit akan tambah 0.1 mata peratusan pada KDNK



KUALA LUMPUR, 11 Okt   – Peningkatan lima peratus dalam produktiviti subsektor kelapa sawit akan menambah 0.1 mata peratusan kepada paras asas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019, demikian menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Selaras dengan peningkatan produktiviti, eksport akan meningkat 0.07 mata peratusan dan pendapatan boleh guna isi rumah sebanyak 0.06 mata peratusan.

“Peningkatan produktiviti industri sawit turut memberi manfaat kepada industri lain seperti industri minyak dan lemak memandangkan industri sawit membekalkan 90.3 peratus input perantara kepada industri tersebut.

 “Industri seperti tanaman bunga dan baja yang membekalkan sebahagian besar output sebagai input perantara kepada industri sawit juga dijangkakan mendapat manfaat daripada rantaian ke hadapan dan ke belakang,” menurut laporan itu.

Selain itu, industri berorientasikan pengguna seperti kenderaan bermotor dan restoran, dijangkakan memperoleh kesan positif daripada permintaan isi rumah yang lebih tinggi berikutan peningkatan pendapatan.

Selaras dengan kepentingan subsektor kelapa sawit kepada ekonomi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan pengeluaran dan meluaskan pasaran minyak sawit, kata laporan itu.

Inisiatif tersebut termasuk memperkenal mekanisasi, mempelbagai pasaran eksport, menggalakkan penggunaan biodiesel dan mematuhi piawaian antarabangsa.

“Usaha ini dijangka dapat meningkatkan daya saing minyak sawit Malaysia di pasaran global dan memastikan kemampanan industri ini,” menurut laporan itu.

"Di peringkat antarabangsa, tanaman kelapa sawit berdepan pemerhatian intensif daripada aktivis alam sekitar dan pengguna berikutan tuduhan bahawa pembersihan tanah kurang terkawal bagi tanaman sawit menyebabkan kemusnahan hutan, meskipun tanaman ini hanya menggunakan 0.4 peratus daripada tanah pertanian global berbanding pengeluaran pertanian lain, " menurut laporan itu.

Pada 10 Jun, 2019 Parlimen Kesatuan Eropah meluluskan Akta Delegasi yang melarang penggunaan bio bahan api berasaskan minyak sawit secara berperingkat menjelang 2030.

Larangan ini dijangka menjejaskan eksport biodiesel minyak sawit Malaysia ke EU secara berperingkat. Selain larangan dari EU, India, yang merupakan antara pegimport minyak sawit terbesar, telh meningkatkan kadar tarif minyak sawit Malaysia.

Pada Mac 2018, India menaikkan duti import minyak sawit mentah (MSM) daripada 30 peratus kepada 44 peratus, dan minyak sawit diproses daripada 40 peratus kepada 54 peratus iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lebih satu dekad bagi melindungi tanaman sesawi negara tersebut.

Laporan itu menjelaskan bagaimanapun, berdasarkan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif, India mengurangkan duti import MSM kepada 40 peratus dan minyak sawit diproses ditingkatkan kepada 45 peratus pada Januari 2019.

Namun, duti import minyak sawit diproses ditingkatkan kepada 50 peratus pada September 2019 untuk tempoh  enam bulan bagi mengekang import dan menggalakkan industri penapisan tempatan India, menurut laporan itu.

-- BERNAMA


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel