KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Inflasi dijangka meningkat dua peratus pada 2020 disebabkan oleh jangkaan pengenalan subsidi minyak bersasar.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, peningkatan ini juga sebahagiannya disumbangkan oleh kesan asas yang semakin berkurangan dan pelaksanaan levi pelepasan.
"Unjuran inflasi juga tertakluk kepada perubahan kadar pertukaran asing dan ketidaktentuan harga minyak global berikutan ketegangan perdagangan dan geopolitik," menurut laporan tersebut.
Laporan tersebut menyatakan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat secara marginal sebanyak 0.5 peratus dalam tempoh Januari hingga Ogos 2019.
“Kadar inflasi yang rendah disumbangkan oleh penetapan harga RON95 dan diesel pada kadar RM2.08 dan RM2.18 sejak Mac 2019.
"Langkah ini menyebabkan indeks kumpulan pengangkutan menguncup 3.6 peratus yang seterusnya mengurangkan IHP keseluruhan," katanya.
Sementara itu, IHP diunjurkan meningkat 0.9 peratus pada 2019, sebahagiannya disebabkan oleh pengenaan levi pelepasan antara RM8 dan RM150 mulai September.
Pengenalan duti eksais ke atas minuman bergula pada Julai dijangka memberi impak minimum kepada inflasi keseluruhan memandangkan wajarannya yang kecil dalam bakul IHP, kata laporan itu.
Menurut laporan itu, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dijangka meningkat pada tahun depan dengan kesan asas berkurangan dan aktiviti pengeluaran yang kembali ke paras normal.
Ia menurun dua peratus dalam tempoh Januari hingga Ogos 2019 disebabkan oleh penurunan indeks sektor pertanian, perhutanan dan perikanan (-10.3 peratus), perlombongan (-3.8 peratus) dan pembuatan (-1.1 peratus).
Keadaan ini berpunca daripada harga komoditi yang lebih rendah terutama minyak mentah dan minyak sawit mentah yang mengurangkan kos pengeluaran, kata laporan itu.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel