KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Sektor pembinaan dijangka terus berkembang pada 3.7 peratus dipacu oleh langkah mempercepat dan melaksanakan semula projek mega serta pembinaan rumah mampu milik.
Menurut laporan Tinjauan Fiskal Dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, pelaburan dalam kerja infrastruktur juga dijangka meningkatkan segmen kejuruteraan awam.
“Projek infrastruktur ini termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Massa 2 (MRT2), Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang 2 (KVDT2), Projek Central Spine Road, Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Pesisir Pantai di Sarawak,” demikian menurut laporan itu.
Bagi tahun ini, sektor pembinaan dijangka meningkat 1.7 peratus disokong segmen kejuruteraan awam khususnya projek berkaitan infrastruktur.
Bagaimanapun, laporan itu berkata prestasi sektor ini dijangka terjejas berikutan pertumbuhan perlahan harta tanah kediaman dan komersial.
Dalam pada itu, subsektor kediaman dijangka berkembang pada kadar lebih perlahan terutamanya berikutan peningkatan harta tanah tidak terjual disebabkan ketakpadanan antara penawaran dan permintaan.
Namun begitu, pelbagai langkah dilaksanakan kerajaan termasuk pembinaan 60,000 unit rumah mampu milik setiap tahun dalam tempoh 10 tahun serta pemantapan semula Dasar Perumahan Negara dijangka dapat menyokong pertumbuhan subsektor ini pada tahun depan.
“Di samping itu, penambahbaikan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia membolehkan pembeli rumah kali pertama menikmati bayaran bulan lebih rendah sehingga 20 peratus yang turut menyumbang kepada pertumbuhan subsektor ini."
Menurut laporan itu, bagi subsektor bukan kediaman, ia akan kekal perlahan pada tahun 2020 berikutan kekurangan inisiatif projek komersial mega baharu.
Bagaimanapun, projek komersial yang sedang dijalankan seperti Pusat Bandar Bukit Bintang, Pembangunan Zon Perdagangan Bebas Digital Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Aeropolis, pembangunan Kwasa Damansara, pembangunan Lembah Wawasan Malaysia dan Menara Merdeka 118 dijangka menyokong subsektor berkenaan.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel