KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Prospek bagi akaun semasa pada masa hadapan akan dipengaruhi oleh permintaan global dan domestik serta harga komoditi, demikian menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
Menurut laporan itu, lebihan akaun semasa dijangka mengecil kepada RM29 bilion atau 1.9 peratus daripada pendapatan negara kasar (PNK) manakala lebihan akaun barangan diunjur berkurang kepada RM123.4 bilion dengan pertumbuhan import melebihi eksport.
Akaun perkhidmatan dijangka mencatatkan defisit lebih besar sebanyak RM25 bilion pada 2020 disebabkan oleh defisit dalam akaun pengangkutan dan perkhidmatan lain melebihi peningkatan lebihan dalam akaun perjalanan.
Lebihan dalam akaun perjalanan dijangka berjumlah RM27.1 bilion dipacu oleh peningkatan ketibaan pelancong yang melebihi perbelanjaan residen berkunjung ke luar negeri.
Secara keseluruhan, peningkatan eksport bersih barangan dan perkhidmatan pada 2019 dijangka menyumbang kepada peningkatan lebihan akaun semasa kepada RM43.4 bilion atau 2.9 peratus daripada PNK.
"Sektor luar Malaysia dijangka kekal berdaya saing meskipun terdapat ketidaktentuan berterusan dalam persekitaran global," kata laporan itu.
Menurut laporan itu, defisit akaun perkhidmatan diunjur meningkat kepada RM21.1 bilion berikutan penurunan lebihan akaun perjalanan yang mengimbangi defisit lebih rendah dalam akaun pengangkutan dan perkhidmatan lain.
Manakala, defisit dalam akaun pendapatan primer dijangka lebih rendah iaitu RM45.3 billion disebabkan penurunan bayaran berakru kepada pelabur langsung asing di Malaysia melebihi pendapatan diterima oleh syarikat Malaysia yang melabur di luar negeri.
Kiriman wang oleh rakyat Malaysia di luar negeri dijangka berjumlah RM17.6 bilion.
Sementara itu, momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2019 dan 2020 dijangka kekal kukuh disokong oleh asas ekonomi yang teguh dan kepelbagaian struktur ekonomi meskipun ketidaktentuan persekitaran luaran semakin meningkat.
Permintaan domestik akan memacu pertumbuhan dengan sektor luar berkembang secara sederhana berikutan persekitaran global yang mencabar.
Meskipun ekonomi dijangka terus berdaya tahan, namun masih terdapat risiko prospek pertumbuhan yang rendah terutamanya disebabkan oleh pertumbuhan sederhana ekonomi global dan aktiviti perdagangan serta turun naik pasaran kewangan dan komoditi.
Justeru, pelbagai langkah akan diambil bagi mengekalkan momentum pertumbuhan dan memastikan kesejahteraan rakyat termasuk penerusan semula projek strategik serta peningkatan rantaian nilai menerusi teknologi 5G dan revolusi industri.
--BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel