BERITA

Usaha promosi pembuatan berteknologi tinggi penting demi ekonomi mampan

KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Usaha mempromosi sektor pembuatan khususnya industri pengeluaran berkapasiti tinggi dan pintar perlu diutamakan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, bagi meningkatkan rantaian nilai di samping mengukuhkan daya saing di peringkat antarabangsa, menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020.

Menurut laporan itu yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, sektor pembuatan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan negara, di mana ia berkembang pesat enam peratus setahun dari 2011 and 2018 serta menyumbang 22.4 peratus pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018 berbanding 8.6 peratus pada 1960.

Katanya sektor tersebut menggaji 2.5 juta tenaga pada 2018, di samping mencatat 47.4 peratus daripada aliran masuk bersih pelaburan langsung asing yang berjumlah RM32.6 bilion pada tahun tersebut, di mana barangan pembuatan menyumbang 80 peratus daripada jumlah eksport.

Bagaimanapun, katanya sektor itu terus berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran termasuk deindustrialisasi pramatang, penggunaan teknologi dan pembangunan bahan tempatan yang rendah serta defisit kemahiran.

“Malaysia mula mengalami deindustrialisasi sejak 2000 kesan daripada kejatuhan dalam guna tenaga dan sumbangan output sektor pembuatan.

“Selain itu, kekurangan landskap polisi serta penambahbaikan teknologi dan penyelarasan kerajaan terhadap industri menyebabkan perkembangan perlahan sektor pembuatan dalam meningkatkan rantaian nilai,” katanya.

Menurut laporan itu, berbanding Korea Selatan dan Taiwan, guna tenaga yang rendah dalam segmen bernilai tambah tinggi, boleh menyebabkan deindustrialisasi pramatang.

Katanya, meskipun berlaku pertumbuhan kukuh dan peningkatan dalam kecanggihan produk eksport di dalam negara, Produktiviti Faktor Keseluruhan (TFP) tidak meningkat atas faktor disebabkan oleh negara terlalu bergantung kepada syarikat multinasional (MNC) dan pelaburan langsung asing (FDI) dalam meningkatkan eksport dan pemindahan teknologi.

“Tambahan pula, syarikat Malaysia tidak mampu mencipta teknologi yang menjadi prasyarat dalam inovasi dan peningkatan produktiviti.

“Selain itu, aktiviti penyelidikan; pembangunan; pengkomersialan; dan inovasi industri pembuatan khususnya dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sering dibatasi oleh sumber yang terhad. Akibatnya, kebanyakan usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan dan MNC,” katanya.

Menurut laporan itu, walaupun terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan oleh institusi penyelidikan awam, namun hasil

penemuan tidak sepadan dengan keperluan industri telah menjadikan pemain industri lebih cenderung menggunakan teknologi sedia ada tanpa membuat penambahbaikan menyebabkan industri jauh ketinggalan daripada aspek teknologi jika dibandingkan dengan Ekonomi Perindustrian Baharu.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel