KUALA LUMPUR, 11 Okt-- Kerajaan akan memperluas asas hasil, mengurangkan jurang cukai dan meningkatkan kecekapan cukai bagi memastikan kutipan hasil yang mampan.
Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, matlamat tersebut akan dicapai antara lain dengan merasionalisasi insentif cukai, mengurangkan ketirisan cukai dan meningkatkan pematuhan cukai melalui pengauditan yang berkesan.
Hasil kerajaan persekutuan pada 2020 dijangka berkurang 7.1 peratus kepada RM244.5 bilion, kata laporan itu.
"Bagaimanapun, hasil dijangka meningkat 4.8 peratus jika tidak mengambil kira dividen khas Petronas dalam anggaran disemak 2019," menurut laporan itu.
Katanya, hasil cukai kekal sebagai penyumbang utama hasil negara dengan jumlah kutipan RM189.9 bilion.
Hasil cukai sebagai peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka stabil sekitar 11.8 peratus, manakala kutipan cukai langsung dianggar meningkat 5.2 peratus kepada RM142.7 bilion merangkumi 75.1 peratus daripada jumlah hasil cukai.
"Sebahagian besar kenaikan tersebut disumbangkan oleh peningkatan kutipan cukai pendapatan individu dan cukai pendapatan syarikat (CITA) dan cukai pendapatan individu sebanyak RM75.5 bilion dan 37.4 bilion.
"Prospek pendapatan korporat yang lebih baik dan usaha berterusan dalam menambah baik audit dan pematuhan cukai akan menyumbang kepada peningkatan kutipan CITA," katanya.
Menurut laporan itu cukai tidak langsung dijangka meningkat 6.5 peratus kepada RM47.3 bilion terutamanya disumbangkan oleh hasil cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang lebih tinggi.
Kutipan SST pada 2020 diunjur RM28.3 bilion atau 1.8 peratus daripada KDNK selaras dengan perbelanjaan penggunaan yang lebih tinggi, program Tahun Melawat Malaysia 2020 dan pelbagai program antarabangsa.
Kerajaan telah menetapkan sasaran ketibaan 30 juta pelancong dan jangkaan pendapatan sektor pelancongan sebanyak RM100 bilion pada 2020.
Dalam pada itu, dividen tahunan Petronas diunjur berjumlah RM24 bilion.
Laporan itu menyebut hasil berkaitan petroleum dijangka mencatat RM50.5 bilion pada 2020 selaras dengan jangkaan purata harga minyak dunia di paras US$62 setong.
Hasil bukan petroleum diunjurkan meningkat 6.6 peratus kepada 194.1 bilion selaras dengan komitmen kerajaan untuk mempelbagai hasil melalui inisiatif pembaharuan cukai.
"Hasil bukan petroleum dijangka kekal stabil sekitar 12.1 peratus daripada KDNK (2019: 12 peratus daripada KDNK).
"Kerajaan akan terus memperluas hasil bukan petroleum untuk memastikan aliran pendapatan yang mampan dalam jangka masa sederhana," kata laporan itu.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel