BERITA

Sektor pembuatan dijangka berkembang 4.1 peratus pada 2020

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Sektor pembuatan dijangka berkembang 4.1 peratus pada 2020 dipacu oleh peningkatan kukuh dalam industri berorientasikan eksport serta pertumbuhan mampan dalam industri berorientasikan domestik.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, bagaimanapun sektor tersebut akan terus berhadapan dengan pelbagai cabaran dan isu.

Katanya perkara itu termasuk cabaran deindustrialiasi pramatang, penggunaan teknologi dan pembangunan bahan tempatan yang rendah serta defisit kemahiran.

Justeru, laporan itu berkata antara langkah yang boleh dilaksana termasuk penyusunan semula insentif di bawah satu pusat sehenti, merekayasa latihan dan kemahiran, meneroka bidang tumpuan baharu dan membangunkan hab sektor pembuatan bersepadu.

"Inisiatif ini akan membolehkan pertumbuhan sektor pembuatan kekal kukuh pada masa hadapan terutamanya penumpuan dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI), analisis data raya (BDA) dan  objek rangkaian internet (IoT), katanya.

Dalam pada itu, laporan turut menyebut pertumbuhan sektor pembuatan meningkat 4.2 peratus pada separuh pertama 2019 terutamanya disokong oleh industri berorientasikan domestik.

Sementara itu, katanya industri berorientasikan eksport berkembang dengan kadar lebih perlahan disebabkan oleh perkembangan sederhana dalam subsektor elektrik dan elektronik (E&E) seiring dengan permintaan global lebih rendah bagi produk elektronik.

Menurutnya, subsektor E&E yang merupakan 40.8 peratus daripada industri berorientasikan eksport dijangka menyederhana 3.6 peratus pada tahun ini disebabkan oleh kemerosotan dalam kitaran semikonduktor dan ketegangan perdagangan yang berlarutan antara Amerika Syarikat dengan China.

"Pada tahun ini, sektor pembuatan  dijangka berkembang 4.0 peratus dengan indeks pengeluaran pembuatan meningkat 4.1 peratus sementara jualan mencatat 6.1 peratus bagi tempoh  tempoh Januari hingga Julai," katanya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel