BERITA

Sambutan menggalakkan terhadap terbitan bon Samurai cerminkan keyakinan pelabur Jepun

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Sambutan menggalakkan ke atas terbitan bon Samurai kerajaan menunjukkan keyakinan kukuh dalam kalangan pelabur Jepun terhadap asas ekonomi Malaysia, menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Laporan itu menyatakan, terbitan tersebut telah mempelbagaikan lagi asas pembiayaan di samping meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai antara hab pelaburan terkemuka di rantau ini.

Pada 15 Mac, 2019, kerajaan Malaysia telah berjaya menerbitkan bon Samurai bernilai 200 bilion yen dengan tempoh matang 10 tahun pada kadar kupon tahunan 0.53 peratus dan terbitan ini menandakan kehadiran semula kerajaan ke dalam pasaran modal Jepun selepas 30 tahun.

Bon ini dijamin oleh Japan Bank for International Cooperation (JBIC) melalui program 'Guarantee and Acquisition toward Tokyo Market Enhancement (GATE) ((Jaminan dan Pembelian ke arah Pengukuhan Pasaran Jepun) dan dikhaskan kepada pelabur institusi Jepun yang berkelayakan.

Laporan itu berkata terbitan bon Samurai dengan tempoh matang 10 tahun ini merupakan terbitan tunggal terbesar sama ada dalam format terbitan awam atau jaminan JBIC.

"Transaksi ini mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam kalangan pelabur Jepun. Pada masa sama, kerajaan berjaya memperolehi pembiayaan jangka masa panjang daripada pasaran Jepun," menurut laporan itu.

Laporan tersebut juga berkata bon Samurai turut menyaksikan ramai pelabur berkualiti mengambil bahagian dalam transaksi dengan permintaan tinggi dari bank khusus, bank bandar, syarikat insurans dan bank wilayah di Jepun.

"Kebanyakan pelabur utama seperti bank khusus dan bank bandar meletakkan tempahan bersaiz besar yang menyokong keseluruhun tempahan.

"Pada masa yang sama, beberapa pelabur wilayah turut meletakkan tempahan lebih besar berbanding kebiasaan, mencerminkan penerimaan baik daripada pelabur Jepun terhadap kertas hutang Malaysia," katanya.

Dari segi jumlah pelabur, sebanyak 46 firma pelaburan telah mengambil bahagian dan 31 daripadanya adalah pelabur wilayah.

"Secara keseluruhannya, kerajaan menerima tempahan dengan jumlah nilai 324.7 bilion yen (RM11.9 bilion), iaitu lebihan langganan sebanyak 1.6 kali ganda daripada saiz terbitan," katanya.

Bon Samurai adalah kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan, dan ia merupakan usaha bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, untuk mengeratkan lagi hubungan ekonomi dan kebudayaan antara Malaysia dan Jepun.

Terimaan terbitan bertujuan untuk kegunaan am, iaitu bagi membiayai projek dan program pembangunan termasuk sekolah, hospital, jalan dan menyediakan akses kepada utiliti, menurut laporan tersebut.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel