KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kerajaan dijangka menerima jumlah bayaran balik pinjaman sebanyak RM900.3 juta pada 2019 daripada kerajaan negeri, syarikat, badan berkanun dan organisasi lain.
Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, pembayaran balik daripada kerajaan negeri dianggarkan sebanyak RM598.6 juta atau 66.5 peratus daripada jumlah bayaran balik pinjaman itu.
“Sarawak dan Sabah dijangka mencatat bayaran balik pinjaman tertinggi bagi kerajaan negeri untuk tahun 2019,” demikian menurut laporan itu.
Sebanyak RM159.3 juta bayaran balik pinjaman dijangka diterima daripada syarikat termasuk Yayasan Tekun Nasional, Projek Lintasan Kota Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.
Bayaran balik daripada badan berkanun dianggarkan RM128.8 juta manakala kerajaan tempatan sebanyak RM6.9 juta.
Dalam pada itu, bayaran balik pinjaman daripadan organisasi lain seperti kelab dan persatuan pula dianggarkan RM6.7 juta.
Selain itu, baki bagi Pinjaman Boleh dituntut Persekutuan pada 31 Dis, 2018 yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM43.2 bilion atau 3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Daripada jumlah ini, sebanyak RM22.4 bilion merupakan hutang syarikat, hutang kerajaan negeri terutamanya untuk projek bekalan air (RM15.3 billion) diikuti kerajaan tempatan dan organisasi lain masing-masing RM0.2 bilion dan Koperasi sebanyak RM6.9 juta."
Bagi 2019, pengeluaran pinjaman melalui perbelanjaan pembangunan (DE) adalah dianggarkan pada RM2 bilion.
Menurut laporan itu, bagi tahun depan, kerajaan akan terus menyediakan pinjaman di bawah DE daripada Kumpulan Wang Pembangunan dengan anggaran RM2.5 bilion.
“Kerajaan Persekutuan dianggarkan menerima bayaran balik pinjaman berjumlah RM766.5 juta pada tahun 2020.”
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel