BERITA

Penggubalan pelan tindakan capai WKB2030 perlu pemahaman tentang trend

KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Penggubalan pelan tindakan untuk mencapai matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030)  memerlukan pemahaman mengenai dunia dan negara akan terbentuk pada tahun tersebut.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini, Malaysia perlu sentiasa peka terhadap faktor lain yang membentuk masa depan negara seiring dengan perubahan dunia dari segi pertumbuhan penduduk, permintaan sumber asli, globalisasi dan perubahan iklim.

"Bagi mendepani hakikat ini, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 diperkenalkan untuk meletakkan Malaysia di landasan pembangunan yang mampan dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di semua peringkat bekalan, etnik dan wilayah untuk mewujudkan keharmonian dan kestabilan dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Katanya dunia kini sedang melalui fasa transisi dramatik dengan peralihan kuasa ekonomi dan politik merupakan perubahan terpenting yang berlaku di peringkat global.

Memetik sebuah kajian, katanya dunia kini sedang mengalami perubahan populasi manusia, ekonomi, permintaan tenaga dan sumber, perubahan iklim dan faktor lain yang penting kepada tamadun dan ekosistem global.

"Justeru, pemahaman tentang trend populasi global dan jangkaan perubahan demografi amat penting dalam mendepani cabaran pada masa akan datang," menurut laporan tersebut.  

Penduduk Malaysia dijangka meningkat 1.4 peratus kepada 38.1 juta pada 2030 daripada 32.6 juta pada 2019. Selain itu, diunjurkan sebanyak 15 peratus penduduk akan berusia 60 tahun dan ke atas apabila Malaysia menghampiri status negara tua pada 2030 berbanding 10 peratus pada 2019.

Menurut laporan itu, walaupun 2030 berbaki 11 tahun lagi, megatrend jelas menunjukkan hala tuju dunia dengan menghasilkan peluang dan cabaran kerana ekonomi global sedang menghadapi pelbagai risiko termasuk peningkatan pertikaian perdagangan dan situasi kewangan global yang ketat.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel