BERITA

Penggunaan aset digital masih baharu, terhad di peringkat domestik & global

KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Walaupun aset digital, iaitu mata wang dan token digital, telah mendapat perhatian meluas berikutan potensinya menggugat sistem kewangan, namun ia masih dianggap baharu dengan kadar penggunaan yang masih terhad di peringkat domestik and global.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, terdapat beberapa  syarikat besar dan terkemuka dalam sektor utama telah mengorak langkah untuk menerima pakai beberapa jenis mata wang digital dalam operasi syarikat.

"Meskipun impak daripada penggunaan aset ini masih belum dirasai sepenuhnya, namun aset digital mungkin mempunyai peranan yang lebih besar dalam ekonomi atau hanya menjadi bahan koleksi eksklusif bergantung kepada hasil daripada penggunaannya.

"Justeru, pihak berkuasa di seluruh dunia akan terus memantau perkembangan aset ini untuk menerbitkan pelan tindakan bagi menangani isu dan cabaran yang berkaitan aset digital," kata laporan itu.

Dalam konteks Malaysia, pengawal selia kewangan iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah bekerjasama rapat dengan bertindak secara proaktif terhadap sektor yang sedang berkembang dan meneroka kaedah untuk memudah cara inovasi dalam pasaran tempatan di samping memastikan pelaksanaan langkah perlindungan yang diperlukan.

Laporan itu berkata, sehubungan itu, BNM dan SC sejak 2017 telah mengeluarkan beberapa kenyataan amaran kepada umum yang berurusan dengan aset digital serta mengambil tindakan pengawalseliaan terhadap sebarang tingkah laku mencurigakan atau menyalahi undang-undang.

Dari sudut perundangan, BNM pada Februari 2018 telah meminda Peraturan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) untuk mata wang digital, dengan menambah Sektor 6 yang baharu untuk aset digital.

Sektor baharu ini menetapkan keperluan AML/CFT terhadap penyedia perkhidmatan aset digital di Malaysia manakala Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Preskripsi Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019 mula dikuatkuasakan pada Januari 2019, kata laporan itu.

Laporan itu berkata perintah pasaran modal ini menetapkan bahawa sebarang aset digital yang ditawarkan dalam bentuk pelaburan atau digunakan untuk kaedah pemerolehan dana dianggap sebagai sekuriti Malaysia.

Pihak SC kemudian meminda Garis Panduan Pasaran yang Diiktiraf untuk memasukkan keperluan pengawalseliaan bagi bursa aset digital (DAX) dan telah mendaftarkan tiga pengendali DAX di bawah garis panduan tersebut pada Mei 2019.

"Pengendali DAX tersebut telah diberi tempoh sembilan bulan untuk mematuhi panduan serta beroperasi sepenuhnya dan merupakan pengendali yang sah untuk perdagangan aset digital di Malaysia," kata laporan itu.

SC juga telah menerbitkan kertas perundingan awam mengenai tawaran syiling awal yang bertujuan memperkenalkan garis panduan rasmi dalam jangka terdekat.

Sungguhpun perkembangan pengawalseliaan masih berterusan, namun eksperimen/projek rintis yang signifikan telah dijalankan di peringkat tempatan terhadap penggunaan teknologi lejar teragih dalam konteks ekonomi yang lebih luas.

"inisiatif tersebut merangkumi Projek Castor SC terhadap pasaran tidak tersenarai dan atas kaunter; usaha BNM dengan sembilan bank untuk aplikasi pembiayaan perdagangan; projek rintis Bursa Malaysia ke atas Pinjaman dan Pembiayaan Sekuriti; serta usaha Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan sebuah konsortium universiti bagi merekodkan dan mengesahkan sijil universiti pada lejar teragih.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel