KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu menilai semula dan menentuukur keutamaannya bagi membangunkan visi baharu APEC, terutama dalam mengambil kira fasa penilaian akhir Matlamat Bogor pada 2020.
Ini penting terutama apabila 2020 menandakan tarikh akhir untuk mencapai Matlamat Bogor, dengan kesemua matlamat ini ditujukan untuk membantu 21 negara anggota mencapai kemakmuran melalui integrasi ekonomi dengan mencapai pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan mampan.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, kerajaan berpendapat bahawa visi baharu ini harus mendukung peranan utama APEC dalam menggalakkan integrasi dan kesalinghubungan dalam kalangan ekonomi APEC, selain menggalakkan pertumbuhan berkualiti yang terangkum dan mampan dalam era teknologi dan digital bagi mengurangkan jurang pembangunan dalam kalangan ekonomi APEC.
“Ekonomi APEC boleh memanfaatkan platform ini untuk mengukuhkan ekonomi setiap negara anggota melalui usaha sama bagi menghasilkan lebih banyak manfaat nyata,” menurut laporan itu.
APEC merupakan kerjasama ekonomi serantau terpenting di dunia. Pada 2017, APEC menyumbang 38 peratus daripada penduduk dunia, dengan China menyumbang sebanyak 18 peratus, diikuti Amerika Utara dan Selatan dan Indonesia, masing-masing sebanyak empat peratus.
Laporan itu menyebut 2020 akan menjadi tahun yang penting bagi Malaysia apabila menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak APEC 2020, selepas menjadi tuan rumah kali pertama pada 1998.
Para menteri dan pegawai kanan akan menyertai persidangan yang dijalankan sepanjang tahun untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam sektor perdagangan, pertanian, pengangkutan, kesihatan, komunikasi dan kewangan.
Selain mencapai Matkamat Bogor yang akan berakhir pada 2020, ia juga adalah sejajar dengan peranan Proses Menteri Kewangan APEC (APEC FMP) sebagai pentas perbincangan dan bertukar pandangan mengenai perkembangan makroekonomi dan kewangan serantau serta keutamaan dasar negara dan serantau, kata laporan itu.
Filipina memperkenal Pelan Tindakan Cebu (CAP) pada 2015 bagi meningkatkan kerjasama di peringkat APEC FMP, pelan tindakan 10 tahun untuk memastikan komuniti APEC lebih bersepadu, telus, berdaya tahan dan mampan dari segi kewangan .
Empat tonggak utama CAP ialah menggalakkan integrasi kewangan, meningkatkan ketelusan fizikal dan pembaharuan dasar, memperkukuh daya tahan kewangan dan merancakkan pembangunan dan pembiayaan infrastruktur.
Tema APEC dan bidang keutamaan APEC FMP diletakkan di bawah tanggungjawab hos ekonomi dan penetapan tema dan bidang keutamaan ini ditentukan dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti kepentingan tema dan bidang keutamaan bagi hos ekonomi, perbincangan semasa di peringkat global dan rantau APEC serta bidang keutamaan hos terdahulu, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel