KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Prospek ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun terdapat peningkatan ketidaktentuan persekitaran luaran dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar negara dijangka tumbuh masing-masing 4.7 peratus dan 4.8 peratus pada 2019 dan 2020.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, perkembangan tersebut dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, terutamanya perbelanjaan isi rumah berikutan pasaran buruh yang stabil serta inflasi yang rendah.
"Ekonomi Malaysia disokong oleh asas yang kukuh, dijangka terus berdaya tahan meskipun berhadapan ketidaktentuan ekonomi global," demikian menurut laporan itu.
Perbelanjaan sektor swasta akan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan dengan penggunaan dan pelaburan swasta masing-masing meningkat 6.9 peratus dan 2.1 peratus pada 2020 manakala perbelanjaan sektor awam dijangka kembali pulih berikutan peningkatan pelaburan.
Malah, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi meningkatkan daya beli rakyat seperti pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Sept, 2018 serta penyelarasan gaji minimum kepada RM1,100 pada 1 Januari tahun ini.
"Langkah tersebut bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat khususnya kumpulan isi rumah B40.
"Insentif lain untuk membantu kumpulan B40 termasuk pengenalan skim MySalam pada 24 Januari lepas yang bertujuan untuk menyediakan perlindungan penjagaan kesihatan awam mampu bayar selain peningkatan Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk manfaat golongan yang memerlukan," kata laporan itu.
Selain itu, kerajaan juga telah memperluas dan meningkatkan jaringan keselamatan sosial melalui pelaksanaan program seperti Skim Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) yang mendapat sambutan positif daripada rakyat.
Dalam usaha memupuk elemen tadbir urus yang baik, berintegriti dan toleransi sifar terhadap rasuah dalam kalangan rakyat, kerajaan juga telah melancarkan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 pada 29 Januari tahun ini.
Inisiatif itu bertepatan dengan usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju dan dihormati, kata laporan tersebut.
Dari sudut penawaran, pertumbuhan dijangka lebih menyeluruh dengan semua sektor mencatat pertumbuhan positif.
Bagaimanapun, walaupun ekonomi dijangka berkembang, ketidaktentuan luaran boleh menjejaskan prospek pertumbuhan.
“Justeru, kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah meminimumkan risiko dan memacu ekonomi dengan meningkatkan peluang ekonomi, memperkukuh modal insan, memastikan inklusiviti serta menambah baik institusi dan kewangan awam,” kata laporan itu.
Inisiatif strategik ini akan meletakkan asas bagi mencapai objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 seterusnya dan membolehkan Malaysia muncul semula sebagai Harimau Asia.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel